Header Ads

Cara Mudah Buat Resume Guna Generator

Aishh... ramai duk tanya camne nak mudah buat resume. Kali, saya nak tunjuk cara mudah ja nak buat resume, dengan menggunakan Resume Generator tak yah duk serabut kepala nak buat format. Sebenarnya, ia dibangunkan oleh Pusat Maklumat Kerjaya JobsMalaysia untuk memudahkan anda menghasilkan resume. Koran hanya isikan maklumat dan template dan seterusnya print.



LANGKAH 1: Lengkapkan maklumat



  • Korang sebenarnya perlu isikan semua maklumat yang ada tanda *. Pastikan maklumat yang diberi adalah benar dan tidak melibatkan penipuan. Pilih maklumat mana yang mahu dimasukkan dengan mengklik checkbox.
  • Upload gambar terkini anda, lebih baik gambar terkini dan berpakaian sesuai.
  • Isikan segala maklumat anda hingga ke bawah.
LANGKAH 2 : Pilih template

  • Klik pada thumbnail untuk melihat template.
  • Pilih resume yang bersesuaian dengan kerja yang dipohon.
  • Untuk menggunakan pakai template, klik pada checkbox, kemudian tekan butang "Guna Template".
LANGKAH 3 : Siap

  • Sila muat turun ataupun cetak resume yang telah anda hasilkan kerana maklumat anda tidak disimpan di dalam database mereka.
  • Format resume adalah bentuk Adobe Acrobat (PDF).
Gud luck ur olls... ikut korang nak guna cara ini ataupun cara yang manual. Klik di sini RESUME GENERATOR





No comments

Powered by Blogger.