Header Ads

Blocks: Jam Tangan Pintar Modular Pertama Di Dunia



BLOCKS merupakan jam tangan pintar modular pertama di dunia di mana beberapa komponen yang terdapat pada jam tangan tersebut boleh ditukar ganti mengikut keperluan pemakai.

Sebagai contoh, sekiranya jam kehabisan bateri, komponen bateri boleh ditanggalkan dan digantikan dengan komponen baru. Tidak perlu menanti jam tangan dicas sebelum boleh dipakai seperti jam tangan pintar yang lain.

Jika anda tidak mahu jam pintar dengan kamera, komponen sensor kamera boleh dipasang dengan mudah. Mahukan jam pintar lebih tahan lasak? Gantikan skrin sesentuh dengan skrin biasa dengan kaca Gorilla.

Blocks masih lagi di dalam peringkat konsep dan disasarkan akan memasuki pasaran pada penghujung 2015 di mana ia masih mengumpul dana awam di laman Kickstarter.

Ia mempunyai skrin bulat 1.5″ dengan resolusi 360×360 pixel, diperkasakan pemproses Snapdragon 400, RAM sebesar 512 Megabyte dan muatan dalaman 5 Gigabyte. Sistem operasi Android Wear digunakan kerana ianya platform jam tangan pintar yang popular.

Model asas Block dengan 4 modul yang dipilih sendiri pengguna dijual pada harga seutas bermula dari AS$285 (~RM1300)
Antara modul yang ditawarkan ialah GPS, SIM, barometer, NFC, notifikasi LED, pengimbas cap jari, kamera, pengimbas tahap tekanan tubuh, pembaca kualiti udara dan memori dalaman tambahan.

Konsep kini sudah semakin hampir akan menjadi realiti. Sekiranya anda mahukan jam tangan pintar yang boleh diubahsuai mengikut keperluan peribadi inilah satu-satunya yang menawarkannya setakat ini.

Sumber - Blocks

1 comment:

  1. wahhh....best ni...sy suka baca benda bgni...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.