Header Ads

Bayaran saman PPJ dan DBKL cuma RM30

Orang ramai hanya perlu membayar RM30 bagi setiap kompaun dan saman yang dikeluarkan Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sempena 'Kempen Jom Bayar Saman' yang berakhir esok.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan, berkata DBKL dan PPj akan memberi diskaun berkenaan jika saman dibayar dalam tempoh tiga hari bermula semalam hingga esok di kaunter bayaran saman DBKL dan PPj di Foyer Perbadanan Putrajaya, Presint 3 di sini, hari ini.

Katanya, inisiatif sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan itu adalah atas dasar kepekaan dan keprihatinan terhadap penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Kempen Jom Bayar Saman adalah inisiatif kerajaan bersama badan bukan kerajaan (NGO) dalam memudahkan warga Wilayah Persekutuan untuk urusan pembayaran saman dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), DBKL dan PPj.

"Kempen ini diharap membantu warga Putrajaya dan kawasan sekitar datang membayar saman dengan mudah dan pantas.

"Ada empat kaunter semakan dan bayaran dibuka merangkumi kaunter DBKL, PPj dan PDRM, selain kaunter bergerak JPJ," katanya.

Sumber : bh

No comments

Powered by Blogger.