Header Ads

Bahayanya sosej sama saja macam merokok


Jika pihak berkuasa benar-benar ingin rakyatnya hidup sihat dan dijauhkan dari mendapat penyakit kronik, apa salahnya jika tanda amaran dan grafik ngeri tentang penyakit yang biasa dilihat pada kotak rokok juga digunakan untuk produk makanan yang merbahayakan kesihatan seperti sosej?

Sosej mengandungi bahan kimia pengawet sodium nitrit yang merbahaya. Ia boleh mendatangkan masalah jantung, diabetes dan kanser. Ia sama sahaja bahayanya dan tiada beza dengan rokok. Malah ia lebih mendatangkan kesan kerana rokok mengandungi penapis yang bertindak sebagai penapis bahan-bahan bahaya yang terkandung di dalam asap rokok manakala sosej tiada penapis dan ia terus masuk ke mulut anda!

Banyak kajian dan penemuan yang membuktikan sodium nitrite sangat merbahaya kepada manusia tetapi ia tidak pernah dihebahkan. Lebih malang lagi semakin hari semakin ramai manusia yang gemar makan sosej kerana tiadanya kempen boikot produk merbahaya ini selain di TSM. Ini mungkin disebabkan kuasa ekonomi pengeluar yang amat berpengaruh yang menjana keuntungan serta menyumbang kepada perkembangan industri makanan proses di negara ini. Maka sebab itu keuntungan lebih diutamakan dari kesihatan pengguna.

Hanya nasihat saja kalau korang rasa ia tak berbahaya hanya suka dengan kesedapan, boleh korang teruskan. Tapi ingat bahayanya sama ja macam hisap rokok.

No comments

Powered by Blogger.