Header Ads

Asus Zentwatch 2 diperkenalkan dengan berharga RM649



ASUS Malaysia baru-baru ini telah mengadakan acara Asus Zensation, di mana mereka telah memperkenalkan Zenfone Zoom secara rasminya untuk pasaran Malaysia.

Melalui acara berkenaan, beberapa produk baru turut telah diperlihatkan termasuk salah satunya adalah jam tangan pintar Android Wear, ZenWatch 2.


Asus ZenWatch 2 merupakan jam tangan pintar generasi kedua daripada Asus, hadir dengan rekaan skrin segi empat-sama dan menawarkan dua pilihan saiz berbeza yang mana boleh dipilih berdasarkan kepada saiz tangan pengguna.

Rekaan yang dipertonjolkan oleh Asus seakan jenama Apple Watch, di mana sudut membujur dari bucu peranti ini membuatkan ia tampak elegan seperti Apple Watch.

Pengguna yang menggunakan sebarang peranti Android atau iPhone boleh menggunakan ZenWatch 2 ini, dan ia tidaklah terhad kepada pengguna Asus sahaja. Di Malaysia, Asus ZenWatch 2 akan dijual pada harga bermula RM649.

Sumber : MYNEWSHUB.CC

No comments

Powered by Blogger.