Header Ads

Apa sebenar itu Nuffnang sebagai penjana pendapatan?



Assalamualaikum semua....

Sat ja kan dah masuk 22 Feb 2016... teringat pulak nak share apa tu Nuffnang. Saya rasa kalau korang sorang blogger mesti tahu akan tentangnya. Setidak-tidak nya korang pernah search kat internet. Berlambak ja kat google.

Sebenarnya saya ni pengguna Nuffnang Malaysia. Bukannya kat luar negara yaa!!! Saya buat nuffnang ni selepas beberapa hari ja Google Adsense diterima oleh pihak sana. So, saya rasa nuffnang ni salah satu nak jana pendapatan korang sebagai sorang blogger atau pun apa-apa la.

Jangan risau mudah ja korang nak daftar dalam nuffnang. Tak la susah macam adsense kena tunggu beberapa hari baru approved. Bukannya senang. Tapi nuffnang, korang daftar dan terus boleh letak iklan nya di blog anda. Kan senang!!!...

Tapi apa yang saya dapat komen dari para blogger lain... rata-rata yang katakan nuffnang ni okey ja tapi tak la nek cepat sangat macam adsense. Memang betoi, saya guna adsense kalau dalam satu hari tu memang tinggi la jgak. Lagipun guna matawang dollar us. Tapi nuffnang yang lemahnya, guna matawang Malaysia. So, susah sikit la nak dapat banyak. Tapi jangan risau pasang surut nilai kenaikannya bergantung pada blog kita ni. So, saya xmau cakap panjang2 lagi...nak terangkan apa itu nuffnang.

Apa itu Nuffnang ?

  • Nuffnang merupakan komuniti periklanan blog terkemuka di dunia, untuk orang ramai yang berkongsi minat dalam blogging! Komuniti nuffnang kini menjangkau seramai 1, 000, 000 blogger di 8 negara dan rantau - Malaysia, Singapura, Filipina, Australia, China, Hong Kong, negara Thai dan United Kingdom.
  • Di Nuffnang, para blogger menjana pendapatan melalui iklan-iklan blog yang diletakkan oleh pelbagai jenama, dan menjadi sebahagian komuniti rapat melalui rangkaian luas acara-acara eksklusif dan peraduan yang nuffnang anjurkan dan sokong, khas untuk anda.
  • Anda menjana pendapatan bukan melalui blogging, tetapi melalui perletakan iklan dalam blog anda. Pihak pengiklan akan membayar anda mengikut samaada jumlah klik yang dijana iklan pada blog anda ataupun jumlah tanggapan.
  • Terdapat tiga jenis iklan Nuffnang, iaitu :
    1. Leaderboard >>> saiz (728 X 90)
    2. Skyscraper >>> saiz (160 X 300)
    3. Large Rectangle >>> saiz (336 X 280)
  • Gambar dibawah menunjukkan kedudukan yang betul iklan-iklan Nuffnang diletakkan di dalam blog anda.



  • Anda akan dibayar apabila anda memohon keluaran tunai dan cek akan dihantar kepada alamat rumah mengikut sistem kami. Anda akan dibayar dalam Ringgit Malaysia.
  • Kadar bayaran pula, Untuk Ahli Glitterati kadar untuk CPC (Cost-Per-Click) ialah RM0.25, manakala untuk Bukan Ahli Glitterati ialah RM0.15 Per Click. Ahli Nuffnang Glitterati akan menjana pendapatan sebanyak 20-40%, lebih daripada blogger yang memanuhi blog mereka dengan iklan-iklan lain.
  • No comments

    Powered by Blogger.