Header Ads

Apa itu ulser mulut?

Hari ni saya akan kongsikan mengenai apa ulser mulut, di mana saya sering saja dijangkiti ulser mulut. Saya rasanya mungkin kurang minum air masak lebih-lebih lagi lani fenomena El Nino.

Tapi, persoalannya apa penyebab ulser mulut ni dijangkiti. Berbalik kepada persoalan tadi, ulser mulut adalah sebarang jenis ulser yang terjadi di dalam rongga mulut. Salag satunya ialah ulser afta iaiti luka yang berbentuk tompokan putih, kemerah-merahan, sekali sekala macam nanah.

Kesakitan nya memang perit. Kalau nak makan pedas alamat nya memang rasa sakit siot!!!... kalau dah kena ulser ni, masa nak pulih lebih kurang 7 hingga ke 14 hari untuk sembuh sepenuhnya tanpa tinggalkan parut.

Korang tahu tak punca-punca penyebab ulser mulut ni adalah seperti berikut :

√ kecederaan akibat tergigit atau pun terkena benda tajam 
√ terkena jangkitan kulat, bakteria .
√ kekurangan zat besi dan asid folik 
√ kemungkinan kurang minum air masak lebih-lebih lagi musim panas 

Kesan buruknya adalah :

√ kalau nak makan, bercakap dan gosok gigi memang susah la 
√ boleh hilang selera makan 
√ panas badan macam nak demam 
√ sakit tekak pun boleh terjadi 

Nasihat saya minum la air masak banyak2  kalau musim panas atau kemarau. Lagi satu pastikan jaga kebersihan mulut. Take note!!!







No comments

Powered by Blogger.