Header Ads

9 Permainan Kanak-kanak Menggamit Zaman Dahulu

Jika terkenang zaman kanak-kanak dahulu, pasti semua masih teringat akan permainan yang selalu dijadikan pengisi waktu terluang ketika bermain. Permainan waktu dulu memang menarik. Bagi adik-adik yang baru masuk sekolah tu, anda semua pernah main tak permainan seperti ini?
1. Main Tiang
1
Permainan yang popular waktu zaman sekolah ketika waktu rehat sebelum masuk kelas. Permainan ini hanya memerlukan tiang dimana pemain-pemain diuji kepantasan merebut tiang tersebut.
2. Penutup Botol
2
Penutup botol kicap atau botol Pepsi sering dijadikan permainan tudung tin ini. Pemain haruslah menjentik satu penutup botol ke arah satu penutup botol yang lain
3. Main Guli
3
Guli akan dikumpul dan diletakkan dalam satu bulatan. Permainan ini kebiasaannya di main di atas padang atau di atas jalan yang rata.
4. Patung Kertas
4
Anak patung kertas ini mempunyai pelbagai fesyen baju anak patung yang boleh ditukar mengikut citarasa yang kita mahu. Kanak-kanak perempuan lebih meminati permainan ini daripada kanak-kanak lelaki.
5. Ting-ting
5
Permainan ting-ting merupakan sejenis permainan Laman. Terdiri oleh beberapa pasukan dan beregu. Dibuat dengan menggoreskan garisan di atas tanah sahaja.
6. Lompat Getah
6
Permainan ini dicipta dengan menggunakan getah kecil dan ringan yang disambung dan dimatikan hujungnya supaya tidak terurai ketika bermain.
7. Happy Family
7
Permainan kad happy family terdiri oleh beberapa buah keluarga dan pemain harus mengumpul set keluarga yang paling banyak untuk memenangi permainan ini.
8. Tetris Brick Game
557740_357455834292548_645424796_n
Permainan tangan yang menjadi kegilaan zaman kanak-kanak pada waktu itu.
9. Batu Seremban
9
Permainan ini disukai kanak-kanak perempuan dimana bermain hanya menggunakan batu atau biji getah.
Zaman kanak-kanak dilengkapi dengan membesar dengan permainan di atas ini. Masihkah ada lagi kanak-kanak yang mengamalkan permainan turun temurun ini? dunia semakin maju, teknologi semakin canggih, kebanyakan kanak-kanak zaman sekarang diajar membesar dengan telefon pintar , ipad dan mungkin juga laptop. Permainan waktu dulu sangat melengkapkan zaman kanak-kanak hingga dah besar pun masih lagi menggamit nostalgia.

No comments

Powered by Blogger.