Header Ads

9 Ais Krim Yang Wajib Korang Cuba



Ais krim menjadi salah satu makanan pencuci mulut paling digemari semua orang tak kira tempat. Apa yang menariknya sekarang ni ais krim menjadi fenomena di Malaysia apabila  iainya divariasikan dengan persembahan yang menarik dan unik. Jom kita tengok antara ais krim yang cukup popular yang anda boleh jumpa di Malaysia.

1. ​Ais krim Roti

Ais krim roti dulu pernah menjadi pujaan orang ramai. Memang puas hati sangat-sangat bila gigit tekstur roti yang lembut dengan aiskrim yang cair meleleh.

2. ​Aiskrim Pasu

Ais krim ni memang menjadi kegilaan dan juga fenomena terbaru di dalam industri ais krim di Malaysia. 

3. ​Aiskrim Tempurung

Ada yang cakap ais krim tempurung kelapa ni sedap gila.  

4. ​Aiskrim Goreng

Sekarang ni ais krim banyak dijual di kedai frozen berjenama. Korang bolehlah beli dan cuba sendiri di rumah. 

5. ​Aiskrim Calong/ Motor

Pon.. Pon.. Memang exitedkan kalau dengar hon motor ais krim ni lalu depan rumah. Terus bangun mencicit bukak pagar.

6. Aiskrim Goreng Gulung

Ais krim akan digoreng nipis-nipis atas kuali rata kemudian di gulungkan menggunakan sudunya dan TARAAAA… Siap!

7. ​Aiskrim Goyang 

Aiskrim Goyang senang didapati kat pasar malam atau Uptown. Kenapa nama dia ais krim goyang? Sebab tukang buat ais krim ni kene goyangkan bekas ais krim sehingga iainya beku. 

8. ​Aiskrim Potong

Ais krim potong juga merupakan salah satu kegemaran rakyat Malaysia. Sekarang ni aiskrim potong sudah pun berwajah baru dan banyak perisa baru boleh didapati.

9. Aiskrim Malaysia

Aiskrim Paling Legend kat Malaysia. Zaman kanak-kanak dulu selalu beli dengan dengan harga 20sen – 30sen. Perisa wajib bagi ais krim ni ialah Milo dan Asam Boi.

No comments

Powered by Blogger.