Header Ads

8 Benda Yang Biasa Bagi Orang Malaysia, Tapi Diharamkan di Luar Negara

1 - Walker Bayi

Diharamkan di Kanada.
Kenapa : Pada 2004, saintis di Kanada mendapati walker bayi boleh membawa kepada kecederaan kepala, patah tulang, dan maut kerana ia boleh memberikan bayi kepantasan yang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa.

2 - Mannequins


Diharamkan di Iran
Kenapa : Pada 2009, kerana penularan fesyen-fesyen dari barat, kerajaan Iran mengharamkan kedai-kedai baju dari mempamerkan patung-patung perempuan yang menampakkan bentuk badan seksi dan tanpa hijab.

3 - Penyedut Vicks


Diharamkan di Jepun
Kenapa : Kerana alat ini mempunyai kandungan pseudoephedrine yang mana diharamkan dalam undang-udang penggunaan dadah di Jepun.

4 - Seluar Jeans Biru


Diharamkan di Korea Utara
Kenapa : Di Korea Utara, seluar jeans biru adalah simbol Amerika Syarikat.

5 - Topeng Masquerade

Diharamkan di Arab Saudi
Kenapa : Pada 2013, Arab Saudi telah mengharamkan topeng muka yang digunakan di dalam filem "V for Vendetta" dan mula merampas topeng-topeng muka yang dijual di pasarannya. Hari ini apa jua jenis topeng Masquerade di haramkan di negara itu.

6 - Gula-gula Getah


Diharamkan di Singapura
Kenapa : Pada 1992, Perdana Menteri Singapura mengharamkan jual beli dan import gula-gula getah. Ini kerana gula-gula getah dikatakan boleh menyebabkan kerugian besar kepada negara apabila ia digunakan sebagai alat memvandal seperti diletakkan di sensor pintu, di pintu-pintu LRT dan sebagainya.

7 - Filem "Anna & The King"


Diharamkan di Thailand
Kenapa : Filem ini di haramkan di Thailand kerana ia dikatakan menghina sistem monarki negara tersebut dan tidak menceritakan dengan tepat sejarah Thai.

8 - Pokemon


Diharamkan di Turki
Kenapa : Dua kes kanak-kanak Turki terjun dari balkoni pada tahun 2000 keran

a percaya mereka memunyai kuasa seperti Pokemon. Kerajaan Turki kemudian mengharamkan rancangan TV pokemon selepas itu. Namun kini status sama ada ia diharamkan lagi atau tidak diketahui.

1 comment:

  1. ermm baru tahu kisah2 di atas, singgah dan follow sini no 9, banyak info menarik disini rupanya :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.