Header Ads

7 Tips hilangkan dagu berlapis cara berkesan

Dagu berlapis kebiasaanya dialami oleh mereka yang berbadan besar , ataupun bagi mereka yang sudah meningkat tua. lebihan lemak yang terkumpul antara dagu dan leher menyebabkan timbulnya dagu berlapis. Tahukah anda punca terjadinya dagu berlapis ini disebabkan makan yang berlebihan, cara jalan, cara tidur anda tidak betul? Jangan risau, baca 6 tips ini dan amalkan setiap hari di rumah.
 
1) Jangan Tidur Siang

Tidur siang tidak elok. Kenapa? Sebab ianya boleh menyebabkan muka anda kelihatan bengkak dan mendorong badan anda kelihatan lebih berisi.
 
2) Pemakanan Yang Betul
 
Ini paling kena pantang. Jangan makan makanan yang berminyak dan berlemak. Palin penting, makan dengan betul dan secukupnya.
 
3) Kunyah Gula-Gula Getah
 
Cara ini sangat efektif. Kunyah gula-gula getah hingga mulut anda berasa kebas. Cuba setiap hari dan hasilnya, pipi dan dagu anda akan kelihatan lebih runcing dan tiada lagi lapisan lemak bawah dagu.
 
4) Pakai Masker Putih Telur
 
Telur putih boleh menganjalkan kulit. Campurkan dengan perahan air lemon, dan amalkan seminggu dua kali. Insyaallah menjadi.
 
5) Senaman Muka
 
Sebut A-E-I-O-U dengan menegangkan kulit muka anda dan tahan beberapa saat, senyum selebarnya dan ulang 2,3 kali setiap hari. Gerakkan rahang atas dan bawah sebanyak 20 kali.
 
6) Tidur Tanpa Bantal

Biasakan diri tidur tanpa bantal, dan dongakkan muka ke atas.
 
7) Elakkan Tidur Selepas Makan
 
Jangan sesekali tidur selepas makan kerana akan menyebabkan muka anda kelihatan tembam. Perkara ini cepat membuatkan dagu anda ada lapisan lemak.
 
Kalau diikutkan kesemua tips-tips ini, insyaallah akan menjadi. Yang penting, jaga pemakanan dan rajinkan diri untuk bersenam. Selamat mencuba!


No comments

Powered by Blogger.