Header Ads

6 Tips Bersihkan Peti Ais Di Rumah



Kebersihan peti sejuk harus dijaga, jika tidak, kekotoran yang ada akan memberi kesan kepada makanan  yang disimpan dan boleh menyebabkan serangga seperti lipas masuk ke dalam peti ais anda.  Tak susah malah senang dan mudah sahaja untuk bersihkan peti ais anda, cuba lihat 6  tips bagaimana anda perlu bersihkan peti ais dengan cara yang betul. Mari kita lihat !
 
1) Keluarkan Semua Makanan

Keluarkan semua makanan yang ada dan letakkan  dia atas meja atau diman-mana tempat yang sesuai. Jika ruang sudah kosong, cuba periksa jika ada sebarang kerosakan sebelum membersihkannya.
 
2) Buang Makanan Yang Sudah Berkulat Atau Tidak Elok
 
Perkara ini untuk mengelakkan peti ais anda berbau busuk. Jangan simpan makanan terlalu lama, ia  akan menyebabkan keluarnya sejenis lendir yang mungkin akan susahkan anda untuk bersih peti ais tersebut.
 
3) Keluarkan Bahagian Tray Plastik / Kaca

 
Keluarkan , basuh dan cuci kesemua tray tersebut dengan sabun. Bilas sehingga anda pasti ia benar-benar bersih. Kemudian, lap dan keringkan satu persatu.
Setiap bahagian peti sejuk bersihkan dengan menggunakan kain. Kalau nak betul-betul bersih, guna 2 sudu the baking soda dan campur dengan satu cawan air panas. Jangan guna pencuci kimia, nanti akan menyebabkan peti ais anda berbau.
 
4) Susun Makanan Ikut Kesesuaian

Susun makanan mengikut kesenangan anda untuk mencapai makanan.  Rak pertama biasanya sesuai letak buah-buahan, coklat dan sebagainya. Tray seterusnya letak makanan ikut kesesuaian jenis makanan. Pastikan jangan letak makanan basah di ruang tray tersebut.
 
5) Wangikan Peti Sejuk Anda

Gunakan esen vanilla untuk mewangikannya.kalau nak senang, guna je lemon. Untuk menimbulkan bau lemon, peras isi dan air lemon kemudian bekukan air lemon itu. Letak bahagian kulit lemon itu di dalam drawe atau di celah-celah tray tersebut.
 
6) Bersih Bahagian Luar Peti Sejuk
 
Tengok bahagian luar peti sejuk jenis material macam mana terlebih dahulu. Jika material keluli tak tahan karat, guna kertas tuala, jika untuk keluli tahan karat, bersihkan dengan kain microfiber bersama cuka putih dan sapu ke permukaan peti sejuk anda. dan akhirnya siap !


Sumber - wikihow 

No comments

Powered by Blogger.