Header Ads

6 Fakta Penting Mengenai Virus Zika Yang Korang Kena Tahu

Malaysia telah mengeluarkan amaran kesihatan ke semua Klinik Kesihatan Awam dan Swasta mengenai virus Zika.
 
Wakil dari Kementerian Kesihatan juga menzahirkan kebimbangan kerana ada kemungkinan besar bahawa penyakit bawaan nyamuk itu akan merebak di Malaysia adalah tinggi.
 
Beberapa Negara di Amerika Latin kini diserang wabak virus Zika. Virus ini boleh menyebabkan bayi yang baru lahir mempunyai ukuran kepala yang lebih kecil daripada ukuran normal dan penyakit ini dipanggil mikrosefali.
 
Angka penderita penyakit ini dilaporkan terus meningkat. Brazil melaporkan jumlah bayi yang dilahirkan menghidap penyakit ini telah mencapai angka 4000 orang sejak oktober 2015.
 
Berikut 6 Fakta penting yang perlu anda ambil tahu tentang virus Zika.
 
1. Virus Zika disebarkan melalui gigitan nyamuk.
 
Virus ini disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi.
 
2. Simptom demam denggi berlarutan.
 
Penyakit ini menunjukkan tanda-tanda yang menyerupai demam denggi seperti demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, konjuktivitis serta ruam.
 
3. Bayi lahir dengan kepala lebih kecil dari ukuran normal
 
Virus Zika dipercayai mampu mencacatkan perkembangan otak dan menyebabkan bayi dilahirkan dalam keadaan cacat iaitu berkepala kecil. kecacatan ini mungkin ada kaitan dengan wabak Zika.
 
4. Tiada lagi ubat atau vaksin untuk virus Zika buat masa ini
 
Menurut WHO, mereka yang dijangkati dinasihati untuk minum air dengan kuantiti yang banyak serta merawat kesakitan badan serta demam dengan ubat-ubatan yang biasa.
 
5. Jauhi 22 buah Negara yang terjejas akibat virus Zika
 
Antaranya ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Dominican Republic, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Haiti, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, dan Venezuela.
 
6. Ambil langkah pencegahan
 
Orang ramai dinasihati untuk mempertingkatkan aktiviti mencari dan memusnah bagi mengurangkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan rumah masing-masing dan persekitarannya.
 
Sumber : astroawani 

No comments

Powered by Blogger.