Header Ads

5 tempat pelik dan misteri di dunia

Ramai di antara kita yang tertanya-tanya tentang kewujudan kehidupan di luar bumi seperti makhluk asing dan UFO. Dan walaupun mereka memang wujud, bagaimana rupa mereka? Bagaimanakah kehidupan mereka? Adakah berbeza daripada kita?
 
Berdasarkan ini, terdapat banyak ilustrasi dan latar belakang kehidupan makhluk asing seperti filem-filem Star Wars dan Avatar, yang telah memberikan kita gambaran bahawa mereka benar-benar wujud.
 
Tetapi mungkin kita tidak perlu hingga ke angkasa lepas untuk melihat tempat-tempat asing kerana kita juga mempunyai tempat seakan-akan tinggalan makhluk asing di sini, iaitu di planet Bumi.

1. Hutan Batu - Shilin Stone Forest, China 

Jika anda telah terpukau dengan hutan Aokigahara, tunggu sehingga anda melihat pula hutan batu di Wilayah Yunnan, China. Hutan yang mempunyai keluasan 96,000 ekar ini bukan sahaja terkenal dengan pokok-pokok yang tinggi, tetapi ia juga mempunyai batu-batu kapur yang tinggi yang kelihatan seperti bangunan pencakar langit.

 
2. Caño Cristales, Colombia 



The Caño Cristales dianggap sebagai sungai yang paling indah di dunia. Apa yang menarik tentang sungai ini, antara September dan November, pelbagai warna boleh dilihat di dalam sungai ini, seperti kuning, biru, merah, hijau dan merah jambu. Warna-warna ini adalah hasil daripada pelbagai tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di dalam sungai itu sendiri. Menarik bukan?

3. Segi Tiga Bermuda, Lautan Atlantik 

Segitiga Bermuda mungkin mungkin menjadi tempat yang paling misteri di dunia ini kerana masih tiada siapa tahu apa yang sedang berlaku di sana. Ia merupakan kawasan berbentuk segi tiga di Lautan Atlantik yang mempunyai banyak kes-kes yang tidak dapat diselesaikan seperti kehilangan kapal, pesawat dan banyak lagi kes misteri yang masih tiada jawapan hingga ke hari ini. Ada yang menyatakan bahawa terdapat satu piramid dibawah dasar lautan ini.

4. Gunung Roraima, Brazil / Venezuela



Ini adalah salah satu gunung yang paling unik di dunia. Daripada mempunyai tapak gunung yang luas dan puncak yang sempit seperti kebanyakan gunung lain, Gunung Roraima ini mempunyai puncak rata, menyerupai dataran tinggi. Apa yang menarik juga tentang gunung ini adalah ia mempunyai banyak hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan, sesuatu yang amat luar biasa bagi jenis gunung seperti ini.

5. Pokok Darah Naga, Socotra


Dracaena Cinnabari, atau pokok darah naga, adalah pokok pelik di Socotra, iaitu kepulauan kecil daripada empat pulau yang terletak di Lautan Hindi. Pokok darah naga ini kelihatan seperti cendawan gergasi. Pokok ini tidak hanya mempunyai pandangan yang pelik, ia juga boleh digunakan sebagai ubat untuk merawat pelbagai penyakit.

No comments

Powered by Blogger.