Header Ads

5 Tempat Menarik Untuk Pembelajaran Kanak-Kanak

Zaman sekarang sememangnya kanak-kanak dilambakkan dengan gajet. Bayangkan kanak-kanak berusia dua tahun sudah tahu mengunakan telefon bimbit. Malah mereka boleh menjadi tidak tentu arah apabila tidak dapat gajet daripada ibu bapa. Seelok-eloknya, sebagai ibu bapa, jangan ajar anak-anak menggunakan gajet pada usia yang belum matang. Nanti mereka menjadi anti sosial, tidak bergaul dengan orang sekeliling. Hanya melihat gajet seperti telefon, ipad, tab dan sebagainya.
Anda boleh memberi gajet sebegitu kepada mereka tetapi hadkan masa untuk mereka menggunakan. Mungkin selepas mereka habis menyiapkan kerja sekolah atau beri mereka guna gajet tersebut dalam masa satu sehingga dua jam sahaja. Namun begitu, anda boleh membuat aktiviti luar bersama anak-anak supaya mereka lebih dekat dengan kehidupan sebenar. Ada beberapa tempat di sekitar Kuala Lumpur yang boleh anda bawa mereka.
1. Pusat Sains Negara
1. pusat sains negara
Terletak di Bukit Kiara, anda boleh membawa anak-anak untuk menikmati teknologi sains. Kanak-kanak kadang-kadang suka perkara yang di luar kotak fikiran. Kami pasti mereka akan tanya itu ini apabila berada di Pusat Sains. Itu maknanya mereka ingin tahu dan berimaginasi tinggi.
2. Kidz Zania
2. kidz zania
Salah satu tempat yang mana anak-anak anda boleh buat apa sahaja seperti orang dewasa. Mereka bukan sahaja hanya bermain malah belajar sesuatu. Mereka akan boleh berdikari apabila ibu bapa mereka tidak ada di sisi. Kidz Zania menekankan konsep edutainment iaitu pelajaran dan hiburan.
3. Petrosains
3. petrosains
Ini satu lagi tempat yang boleh anda bawa anak-anak. Di sini otak anak anda akan berkembang. Pelbagai perkara yang membolehkan mereka seronok untuk ke Petrosains. Tidak jauh pun, hanya di KLCC.
4. Aquaria KLCC
7. aquaria klcc
Ikan! Kanak-kanak pasti gemar haiwan seperti ikan tidak kira ikan besar atau kecil. Yang pasti ikan seperti ikan puas membuat mereka teruja. Haaa, bawa mereka ke sini. Pasti mereka seronok dan mulut akan becok bertanya itu ini kepada anda.
5. Young Chef’s Academy
8. young chef's academy
Kami percaya, tidak ada seorang kanak-kanak pun tidak mengotorkan dapur. Mereka pasti akan mencuba sesuatu perkara yang baru. Ada sahaja imaginasi mereka. Ada yang main tepung, konon-konon memasak dan sebagainya. Apa kata anda bawa mereka ke Young Chef’s Academy. Sini baru betul-betul mereka boleh menunjukkan ‘kepakaran’ mereka. 
Sumber - Expatgo 



No comments

Powered by Blogger.