Header Ads

5 Rancangan Kartun Popular Yang Dapat Pendapatan Lumayan



Kalau zaman sekarang, kanak-kanak suka menonton kartun Frozen ataupun Despicable Me. Tetapi tahukah anda, sekitar tahun 80-an banyak sebenarnya kartun yang menarik di televisyen. Ada juga diantaranya masih di tayangkan. Selalunya cerita kartun ini disiarkan setiap Sabtu ataupun Ahad. Masanya pula dalam pukul 10 pagi atau pun 6:30 petang. 

Di sini saya kongsikan dengan anda rancangan kartun kanak-kanak yang popular suatu ketika dahulu. Jangan tidak tahu, syarikat produksi rancangan kanak-kanak mendapat pendapatan yang lumayan akibat permintaan sesebuah rancangan.
 


1. Pokemon ($37.8 Bilion)

Pokemon adalah salah satu rancangan kanak-kanak yang sangat popular dan terbesar di seluruh dunia. Pendapatan yang mereka perolehi bagi rancangan ini sebanyak $37.8 bilion!


2. Spongebob Squarepants ($8 Billion)

Ingat karakter Patrick? Rancangan kartun Spongebob ini masih lagi di tayangkan di televisyen. Jangan tidak tahu, Spongebob mempunyai lesen dengan semua syarikat korporat gergasi. Keuntungan yang diperolehi ialah $8 bilion.


3. Sesame Street ($7.5 Billion)

Sesame Street bermula pada tahun 1969. Kanak-kanak sekarang pun masih suka menonton mereka di Youtube. Selama tayangan, Sesame telah mempunyai 45 musim dan lebih kurang 4,400 episod. Banyak kan? Sesame Street digemari kanak-kanak kerana kartun ini mengajar kanak-kanak dalam menghafal sesuatu benda tidak kira dari segi nyanyian mahupun tarian. Kalau anda rindukan Elmo, google sahaja di Youtube. Keuntungan mereka? $7.5 bilion.


4. Power Rangers

Mereka memakai suite berwarna-warni – Merah, Biru, Hijau, Merah Jambu dan Kuning. Rasanya rancangan kartun ini anda tidak sesekali terlepas untuk menonton. Mesti sekarang pun ada tonton,kan? Keuntungan yang mereka perolehi ialah $6 bilion.


5. Looney Tunes

Rancangan kartun yang paling lama iaitu bermula tahun 1930. Sekarang pun masih disiarkan di televisen. Menonton rancangan kanak-kanak sebenarnya suatu terapi. Keuntungan yang mereka perolehi bagi rancangan kartun ini sebanyak $4.5bilion.

No comments

Powered by Blogger.