Header Ads

5 Profesion yang sangat diminati di mata wanita

Sebenarnya tidak menjadi masalah walau apapun  pekerjaan yang anda lakukan selagi ianya merupakan sumber pencarian rezeki yang halal dan anda berdedikasi dalam melakukan suatu pekerjaan itu. Tetapi pekerjaan yang anda miliki juga menjadi faktor untuk seseorang itu mendekati kamu.
Percaya atau tidak, sebahagian wanita menganggap faktor pekerjaan itu adalah sesuatu daya tarikan untuk mereka memilih pasangan hidup.
Berikut 5 profesion yang sangat popular di dunia :
1. Doktor
Ramai wanita memilih doktor sebagai teman hidup mereka. Kebetulan pula, ramai doktor di luar sana mempunyai rupa paras yang tampan dan menenangkan. Yelah, mana ada orang suka tengok doktor muka tertekan bila terima rawatan kan? Hihi
2. Peguam
Mungkin anda rasakan peguam miliki wajah biasa sahaja, tetapi mereka miliki keyakinan tinggi yang menyebabkan mereka nampak kemas dan tampan. Keyakinan ini berasal daripada kebijaksanaan mereka. Peguam bijak mencari jalan keluar dengan berfikir secara kritis dan kreatif.
3. Jurutera
Seorang jurutera bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada wanita. Pada umur 27 tahun, seorang jurutera itu mungkin sudah mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang stabil untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah. Itulah sebab jurutera ini seksi di mata kaum wanita. Mereka juga bekerja keras untuk memahami diri anda seperti mana mereka komited dalam tugasan mereka. Hihi
4. Arkitek
Arkitek merupakan profesion yang memerlukan kreativiti dan pemikiran logik. Mencipta rekaan yang epik menjadi  daya penarik bagi diri mereka untuk sentiasa kelihatan terserlah. Selain itu, kepakaran mereka dalam bidang matematik untuk pekerjaan ini membuatkan kaum wanita “turn on” dengan kebijaksanaan mereka.
5. Juruterbang
Wanita mana yang tidak tergoda melihat Tom Cruise memakai seragam juruterbang ketika beraksi dalam filem Top Gun? Juruterbang dikategorikan sebagai adrenaline junkie, memiliki sifat kepemimpinan serta memiliki keyakinan diri yang tinggi. Tak heran lah ramai wanita yang ingin mendekati golongan profesional ini. 

No comments

Powered by Blogger.