Header Ads

5 Jambatan yang paling menakjubkan di dunia

Semakin masa ke hadapan, pelbagai pembinaan yang menakjubkan telah diciptakan dengan penciptaan yang mengagumkan. Salah satunya adalah pembinaan jambatan yang telah menjadi mercu tanda bandar besar. Berikut 5 jambatan yang paling mengagumkan di dunia :

Jambatan Helix 


Mempunyai jambatan dengan seni bina menarik, jambatan ini tersenarai sebagai jambatan paling cantik didunia. Strukturnya yang dibina daripada rod besi, disusun membentuk bentuk “spiral”, merupakan jambatan pejalan kaki yang dibina merentasi sungai. Pada waktu malam, limpahan lampu berwarna warni menjadikan jambatan spiral ini kelihatan sangat menakjubkan.


Jambatan Infiniti 


Jambatan ini merupakan salah satu yang paling mengagumkan  kerana ia menyerupai simbol infiniti (simbol ∞ ) apabila dilihat pada permukaan air di bawah jambatan. Tetapi bukan itu sahaja, perkara yang benar-benar menarik tentang jambatan ini ialah pada waktu malam nya dimana satu siri lampu menerangi dua belah laluan pejalan kaki, saling bertukar warna apabila ada orang yang berjalan disitu.


Jambatan Khaju

 Jambatan ini dibina hasil daripada 23 pintu gerbang batu yang membentuk salah satu daripada jambatan yang paling indah di dunia. Terletak di Isfahan, Iran, pembinaan jambatan ini bukan sahaja menghubungkan kedua-dua belah Sungai Zayandeh, ia juga berfungsi sebagai empangan yang mengawal selia aliran sungai.

Langkawi Sky Bridge  


Jambatan ini digantung oleh 8 kabel yang dipegang oleh 81.5cm tiang tunggal, dan tergantung pada ketinggian kira-kira 100 meter di atas tanah. Pelancong perlu menaiki kereta kabel sebelum tiba ke atas puncak yang menghubungkan jambatan ini dengan stesyen atas kereta kabel. Dari aras ini, kita boleh tengok pemandangan indah Langkawi. 


Jambatan Golden Gate 



Kalau biasa tengok filem Hollywood, mesti korang dah biasa tengok jambatan ni. Menghubungkan San Francisco dan California, jambatan ini hanya disokong oleh sambungan kable sahaja. Takda tiang. Ye, takda tiang. Menakjubkan, terdapat 27,572 kable digunakan bagi membina jambatan ini.


No comments

Powered by Blogger.