Header Ads

5 Hobi membuatkan anda menjadi semakin pintar

Setiap orang pasti mempunyai hobi tersendiri sama ada  bermain bola, mendengar muzik, membaca atau dan lain-lain. Tapi tahukah anda selain hanya untuk kesenangan dan mengisi masa lapang, sesuatu hobi itu juga boleh membuatkan anda menjadi semakin pintar.
Ada beberapa hobi terbukti membuatkan seseorang itu menjadi semakin pintar kerana ianya akan merangsang otak untuk terus bekerja dan berfikir bagi menyelesaikan sesuatu masalah...

Jika otak anda selalu dilatih untuk berfikir, dan merungkai jawapan untuk setiap persoalan,  maka fikiran akan akan menjadi semakin tajam dan lebih pintar lagi.
Berikut kami senaraikan beberapa hobi yang akan membuatkan anda menjadi lebih pintar.
5. Bermain game
Setiap orang terdiri daripada berbagai lapisan umur tidak kira tua atau muda pastinya mempunyai hobi bermain game. Bukan sahaja mendatangkan perasaan gembira, malah bermain game juga boleh membuat seseorang menjadi semakin pintar.
Ketika bermain game, anda akan berfikir bagaimana cara untuk menang apabila berlawan dengan musuh, menghadapi cabaran sukar , dan perlu membuat keputusan dengan tepat dan cepat. Ini adalah faktor yang menyebabkan anda menjadi lebih pintar apabila anda memaksimumkan penggunaan otak untuk berfikir. Namun di sisi lain, bermain game menjadi amat berbahaya jika anda meluangkan masa yang terlalu lama. Anda akan berasa pening, mata dan tubuh akan terasa penat serta anda akan menjadi malas apabila banyak menghabiskan masa bermain video game. Oleh sebab itu, janganlah terlalu leka apabila bermain game sehingga melalaikan tanggungjawab dan kerja lain yang perlu diselesaikan.

4. Menyelesaikan teka-teki silang kata
Bermain teka-teki silang kata amat menghiburkan dan juga masa yang terluang diisi dengan melakukan perkara yang berfaedah.  Sama juga dengan bermain game, bermain teka-teki silang kata juga memerlukan anda untuk berfikir mencari jawapan dan menyelesaikan sesuatu masalah. Selain itu, bermain teka-teki silang kata juga dapat membantu menambahkan  pengetahuan anda.

3. Membaca
Mungkin kebanyakan orang  tidak menyukai hobi ini. Tapi ianya sangat beruntung bagi mereka yang memiliki hobi membaca kerana dengan membaca, ianya dapat memberi lebih informasi dan pengetahuan serta  melatih otak untuk memberi lebih konsentrasi dan fokus terhadap sesuatu perkara.

2. Menonton filem
Bukan hanya sekadar menonton, ada banyak perkara baru yang anda boleh belajar dari filem tersebut. Ianya dapat menambahkan pengetahuan anda dengan cara yang mengasyikkan.
Namun hati-hati dengan filem yang anda tonton kerana sebuah filem dapat mempengaruhi pola atau cara anda berfikir. Banyakkanlah menonton filem yang mempunyai nilai atau mesej positif dan bukan hanya sekadar hiburan sahaja. Anda juga boleh mengenalpasti dan membezakan di antara  filem yang baik dan tidak.

1. Menulis
Anda mempunyai hobi menulis, seperti menulis novel, cerita pendek, puisi atau lain-lain? Dengan menulis, kemampuan berfikir anda akan menjadi semakin tajam. Sama dengan membaca, menulis juga dapat meningkatkan pengetahuan dan meningkatkan imaginasi anda.
Banyak orang yang berjaya mempunyai hobi menulis seperti Stephenie Meyer, pengarang novel yang beberapa hasil karyanya sudah diangkat ke layar perak, seperti Twilight, Eclipse, dan Breaking Dawn.

No comments

Powered by Blogger.