Header Ads

5 Filem Terbaik Gandingan Shah Rukh Khan Dan Kajol

1. My Name Is Khan
 

Filem yang diarahkan oleh Karan Johar yang diterbitkan pada 12 Februari 2010 ini mencipta rekod filem Bollywood terlaris di dunia. SRK dilahirkan sebagai seorang yang terencat akal berpindah ke San Francisco dan jatuh cinta kepada Kajol. Kajol akhirnya melamar SRK untuk berkahwin dan konflik kisah romantis mereka mula bergolak apabila anak kepada Kajol mati dibunuh kerana SRK merupakan seorang muslim. 

2. Kabhi Khushi Kabhi Gham
 

Filem yang diterbitkan oleh Yash Raj Films ini mengandingkan barisan pelakon yang terkenal Amitabh Bachchan, Jaya Bachchan, Hrithik Roshan, Kareena Kapoor, SRK dan Kajol. Dalam filem ini SRK merupakan anak angkat kepada Amitabh Bachchan jatuh cinta kepada Kajol yang merupakan orang biasa. Disebabkan perbezaan darjat hubungan cinta mereka tidak direstui lalu dihalau keluar dari rumah.

3. Kuch Kuch Hota Hai


Filem yang diarahkan oleh Karan Johar ini menjadi Filem Bollywood Of The Year. Filem ini mengisahkan persahabatan 2 rakan baik yang iaitu antara SRK dan Kajol. Tanpa disedari rupanya Kajol menyimpan perasaan cinta terhadap SRK namun iainya berlaku hanya selepas SRK meluahkan perasaan kepada Rani Mukerji.

4. Dilwale Dulhaniya Le Jayenge
 
 
Filem blockbuster sepanjang zaman ini diterbitkan pada 20 October 1995. Dilwale Dulhaniya Le Jayenge mengisahkan tentang pasangan yang dibesarkan dengan gaya hidup berbeza yang akhirnya jatuh cinta antara satu sama lain.

5. Dilwale
 
 
Filem yang mengamit bibit kisah romantis antara SRK dan Kajol ini diterbitkan pada 18 Disember 2015. Dilwale mengisahkan tentang seorang lelaki (SRK) dan seorang wanita (Kajol) yang saling mencintai. Akan tetapi mereka dibelenggu masa lalu dan membuat mereka harus terpisah

No comments

Powered by Blogger.