Header Ads

5 Filem Hindi Paling Berjaya Di Dunia


Filem Hindustan terkenal dengan elemen-elemen yang menyentuh soal kekeluargaan, persahabatan, budaya dan yang pasti percintaan  itu merupakan perkara wajib yang harus ada. Banyak filem-filem yang berjaya mengaut keuntungan yang berjuta-juta. Jika demam Dilwale membanjiri setiap pawagam yang berada di Malaysia ini, korang semua dah tengok ke belum senarai 5 filem hindi yang diiktiraf sebagai filem paling berjaya didunia ini? kalau belum, jom kita usha apa 5 filem terbaik itu.

1. PK (2014)



Filem yang bergenre komedi-dramasetakat ini PK antara filem hindi yang berjaya mengungguli takhta dengan jumlah sebanyak RM364 juta. Filem lakonan Aamir Khan ini mencatat rekod filem hindi pertama yang mencapai pulangan INR 6 bilion (US$120 juta) di seluruh dunia.

2. Bajrangi Bhaijaan (2015)




Filem yang hebat jalan ceritanya pasti setiap babak boleh menitiskan air mata penonton. Kejayaan filem Bajrangi Baijaan kini sudah berjaya mengatasi filem PK dan Dhoom 3 dengan mengaut kutipan sebanyak US$92juta keseluruhan.

3. Dhoom 3 (2013)



Kesinambungan siri bergenre romantik aksi dari Dhoom dan Dhoom 2 diteruskan dengan filem ketiga yang masih lagi dibintangi oleh Abhishek Bachchan. Kali ini dengan lakonan dari Aamir Khan dan Katrina Kaif sekali gus membantu melonjakkan kutipan sebanyak RM 309 juta.

4. Chennai Express (2013)



Chennai Express memainkan genre romantik aksi dan komedi menerusi lakonan Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone. Dikeluarkan pada 2013 dan file mini berjaya  ia mengutip sebanyak RM240 juta secara keseluruhan.

5. 3 Idiots (2009)



Filem komedi mengenai 3 orang sahabat ini iaitu 3 Idiots memperoleh keuntungan sebanyak RM226 juta. Drama ini membuatkan nama Aamir Khan dan Kareena Kapoor popular di serata Asia terutama di negara China.

No comments

Powered by Blogger.