Header Ads

5 Cara Membezakan Antara Madu Asli Dan Madu Campuran.


Madu memang bagus untuk kesihatan. Selain dapat mengubati pelbagai penyakit ringan, madu juga dapat melindungi tubuh agar tidak mudah diserang penyakit.
Kerana khasiatnya yang tersendiri, madu digunakan dalam rawatan kecantikan luaran dan dalaman. Namun untuk memastikan madu yang kita ambil itu betul-betul berkhasiat, haruslah mengambil madu yang asli. Kalau ambil madu campuran nanti makin sakit pula.
Namun ramai juga yang keliru nak membezakan yang mana satu madu asli dan yang mana satu madu tiruan. Puteri pun tak berapa mahir nak bezakan kedua-duanya. Tetapi mungkin dengan perkongsian ini, kita akan lebih mudah untuk membezakan antara madu asli dan madu tiruan.
1. Bakar Sehingga Berbuih
Cara pertama untuk membezakan antara madu yang asli dan madu campuran (tiruan) adalah dengan membakar. Letakkan sedikit madu di atas sudu kemudian bakar di atas lilin. Tunggu sehingga mendidih. Jika itu madu campuran, buihnya akan lebih sedikit dari madu asli.
2. Menggunakan Kertas
Tuang sedikit madu atas kertas. Jika madu asli, madu tidak akan mudah meresap ke kertas. Sebaliknya jika madu campuran, madu itu akan mudah meresap dan menembus kertas tersebut.
3. Menggunakan Mancis
Letakkan sedikit madu ke atas mancis kemudian cuba nyalakan mancis tersebut. Jika mancis berjaya dinyalakan biarpun basah dengan madu, bermaksud itu adalah madu asli. Sebaliknya jika mancis tersebut tidak berjaya dinyalakan, maknanya itu adalah madu tiruan.
4. Masukan Madu Kedalam Air
Letakkan sedikit madu ke dalam air kosong, jika madu itu tidak mudah bercampur dan terus ke bawah, itu adalah madu asli. Begitulah sebaliknya, jika madu tersebut dengan mudahnya bercampur dengan air kosong, itu adalah madu tiruan.
5. Masukan Madu Ke dalam Peti Sejuk
Letakkan madu ke dalam peti sejuk, jika madu itu tidak membeku, maka itu adalah madu asli. Tetapi jika madu itu menjadi keras bila dikeluarkan, bermaksud madu itu telah pun dicampur.
Hah sekarang korang dah tahu kan 5 Cara Membezakan Antara Madu Asli Dan Madu Campuran. Selepas ini tak adalah lagi terkeliru sama ada madu yang kita ambil itu madu asli atau campuran. Boleh sahaja cuba salah satu cara yang dikongsikan ni.

No comments

Powered by Blogger.