Header Ads

3 Tanda Kiamat Kubra yang Sudah ‘Dilihat’ Oleh Ulama Mesir.

Syaikh Dr Ali Gomaa menyatakan bahawa kiamat kubra sudah dekat. Kesimpulan Syaikh itu telah dibuat di salah sebuah siaran televisyen di sana. Mantan Mufti Mesir ini berpendapat 3 tanda kiamat kubra telah jelas dan terjadi.


Tanda-tanda kiamat kubra yang dinyatakan oleh Syaikh Dr Ali Gomaa ialah.

1) Kekeringan yang melanda daerah Nakhl Baisan di Syam. Daerah ini telah diduduki oleh Zionis Israel.

2) Menurut Ali Gomaa lagi tanda kedua ialah Danau Tiberias yang telah mulai surut dan mengering. Danau ini menjadi sumber air bersih bagi Israel dan mula mengering pada tahun 2012. Disebabkan ini Israel telah mula mencari sumber sir bersih di wilayah Lebanon.

3) Tanda ketiga ialah surutnya mata air Zaghar yang terletak di sebuah desa berdekatan Laut Mati. Menurut Dr Ali Gomaa lagi ia terjadi seperti danau Tiberias.

Walaubagaimanapun Dr Syaikh Ali Gomaa masih tidak mengetahui bakal terjadinya kiamat ini. Rasulullah saw juga tidak dapat memastikan bila akan berlakunya kiamat ini. Ketika Malaikat Jibril datang bertanya kepada beliau, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab “yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya” 

[Ibnu K/bersamadakwah.net]

Wallahualam...

No comments

Powered by Blogger.