Header Ads

3 air rebusan penting untuk kesihatan

Korang boleh cuba petua ni untuk menjaga kesihatan badan anda. Cara ni menggunakan herba dan bahan tradisional untuk menghasilkan air rebusan yang penting buat kita semua. So belum cuba belum tahu...

1. Rebusan Sireh


Gunakan tiga atau lima helai daun sireh. Rebuskan didalam periuk juga dengan tiga gelas air yang telah ditapis. Minum ketika air tersebut suam. Anda boleh tambah bunga cengkih tiga kuntum dan sedikit serbuk kayu manis. Ini dapat menghilangkan bau badan dan pulihkan segala urat dan sengal-sengal badan. Amalkan setiap hari selama sepuluh hari.

2. Rebusan Halia, Serai, Cengkih dan Kunyit


Anda perlu ketuk dua atau tiga batang serai. 3cm halia dan 2cm kunyit juga diketuk. Sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih atau bunga lawang, sehelai daun pandan dan sedikit madu susu. Diambil setiap kali sebelum atau selepas haid. Sebulan sekali. Ini untuk mewangikan kewanitaan dan menyegarkan badan anda.  Amalan berkhasiat ini juga bagus untuk penjagaan kesihataan terutama bagi yang mahu menjaga dalaman adan, segarkan urat saraf serta membuang toksid dan lemak dalam tubuh.
 
3. Rebusan Serai dan Halia


Anda hanya perlukan tiga batang serai dan 4cm halia. Kedua-dua bahan ini perlu diketuk. Kemudian anda rebus di dalam periuk dengan tiga gelas air. Diingatkan guna air yang sudah ditapis. Bukan air paip mahupun air yang telah dimasak. Anda amalkan 2 atau kali seminggu. Rebusan ini elok bagi anda yang letih dan lenguh-lenguh badan, kolestrol tinggi dan sakit urat. Disyorkan minum selepas makan iaitu waktu siang.
 





No comments

Powered by Blogger.