Header Ads

12 Telefon NOKIA Yang Telah Mengubah Dunia Ketika Dahulu



Anda pernah menggunakan telefon bimbit berjenama NOKIA? Jika anda tertanya-tanya, apakah itu NOKIA, anda tersangatlah muda ketika saat anda membaca artikel ini.
 
Bagi generasi 90-an dan ke bawah, telefon NOKIA adalah jenama yang tidak asing lagi selain SIEMENS, ALCATEL dan sewaktu dengannya. Mari kita lihat antara koleksi telefon NOKIA yang pernah menjadi trending suatu ketika dahulu, mana tahu ada telefon ni anda sempat guna.
 
1.NOKIA CITYMAN (1987)
 

 
Dikeluarkan dalam dua siri, "450" dan "900" (dinamakan sempena frekuensi MHz tersendiri), NOKIA Cityman adalah telefon bimbit pertama Nokia dan dianggap sebagai anggun, mewah dan produk yang hanya orang kaya je boleh pakai masa tu. Telefon bimbit yang berbentuk seperti batu bata ini mempunyai jangka hayat bateri yang lama, iaitu hampir seminggu. Disebabkan bentuknya seperti batu bata, jangan tanya lah sama ada sakit atau tidak kalau terhempap dekat muka masa tengah baring.
 
2.NOKIA 5110 (1998)
 


Siri ini adalah antara siri telefon nokia terawal yang paling popular sebelum kemunculan NOKIA 3310. Bersaiz agak kompak dan kecil, malah senang dibawa,  dan didatangi dengan jangka hayat bateri yang sangat panjang, serta didatangi dengan permainan SNAKE menjadikan telefon ini sangat digemari oleh orang ramai.
 
3.NOKIA 3650 (2002)


 
Juga dikenali oleh sesetengah rakyat Malaysia sebagai telefon lesung batu, NOKIA 3650 antara telefon NOKIA terawal yang ada kamera VGA dan mempunyai skrin berwarna.  Memori dalaman 3.4 Mb. Yelah masa tu 3.4Mb tu kira besar lah. Sekarang, ambil gambar pun dah 3.4Mb.
 
4.NOKIA N90 (2005)
 

 
5.NOKIA N6810 (2004)
 
 
6.NOKIA N93
 


7.NOKIA N95 (2007)


 
Merupakan smartphone pertama yang dikeluarkan oleh NOKIA dan pada tahun yang serupa, iPhone 1 diperkenalkan. Siapa jelah nak pakai iPhone masa tu, semua nak pakai NOKIA kot. Haha
 
8.NOKIA E71 (2008)
 


Mempunyai rekabentuk ala-ala Blackberry, NOKIA E71 mempunyai fungsi GPS, kamera 3.15 MP dan radio. Masa tu, fon ada radio pun dah kira canggih dah!
 
9.NOKIA 3310 (2000)
 


Telefon yang ‘jatuh tapi tak pecah-pecah’ ini adalah telefon paling popular NOKIA sepanjang zaman. Dikeluarkan hampir 130 juta, NOKIA 3310 merupakan lagenda telefon bimbit suatu ketika dahulu. Nak nampak macam kaya sikit, rajin-rajin lah tukar casing dia. Harini pakai casing biru, esok casing merah. Hah, baru lah nampak macam ada banyak fon. Haha

10.NOKIA 8210 (1999)
 
 
 
Yang best nya telefon ni adalah, infra-red je. Yang lain sama jelah macam NOKIA 3310. Masalahnya apa yang dihantar guna infra-red pun taktahu la.
 
11.NOKIA 7600 (2004)
 


Berbentuk seperti daun, telefon ini lebih digemari wanita masa tu. Lelaki ramai guna N-Gage. Unik kan bentuk telefon ni?
 
12.NOKIA N-GAGE QD (2004)
 

Mempunyai bentuk yang seakan-akan konsol game PSP, N-Gage QD adalah kegilaan para remaja kerana ia menyokong aplikasi permainan yang cool seperti Tony Hawk Pro Skater, Asphalt, Worms, FIFA dan banyak lah lagi. Cuma takda kamera je

No comments

Powered by Blogger.