Header Ads

10 Tips Bagaimana Anda Perlu Berjimat




Memandangkan kos sara hidup semakin meningkat tinggi sekarang, sudah pasti semua benda tidak kira makanan, barang keperluan, automatiknya akan terasa mahal. Selangkah je kaki kita keluar daripada rumah, sedikit sebanyak tetap akan keluarkan duit. Jimat atau boros itu bergantung dengan cara kita uruskan perbelanjaan setiap hari. Jadi , untuk artikel kali ini, kami ada beberapa perkongsian tips yang boleh anda ikut jika ingin berjimat. Jom kita lihat 10 tips bagaimana anda perlu berjimat !
 
1) Jangan Merokok


 
Merokok merupakan satu pembaziran. Sokatak dah RM 17 ringgit. Cuba bayangkan kalau anda habiskan RM17 ringgit untuk sekotak setiap hari. buatlah perkiraan untuk sebulan dah berapa ratus anda bazirkan untuk sesuatu yang tidak penting sekalipun. Merokok hanya mendatangkan perkara negatif terhadap kita. Bukan sahaja membazir, malah ianya cukup berbahaya untuk kesihatan kita.
 
2) Jimatkan Penggunaan  Elektrik


 
Sememangnya, penggunaan elektrik cukup penting dalam kehidupan kita.  Elektrik boleh dikatakan barang kegunaan harian kita semua. Namun, ada caranya untuk berjimat dalam menggunakan tenaga, dan antaranya adalah pastikan lampu dipadam di ruang yang tidak digunakan. Kurangkan penggunaan peralatan elektrik yang tinggi kapasitinya dan hanya guna kadar tenaga watt yang rendah di tempat yang tidak memerlukan cahaya yang banyak. Jimat tenaga, jimat perbelanjaan.
 
3) Jangan Makan Di Luar
 


Ya, kalau boleh kurangkan makan di luar. Belajar berjimat dengan memasak di rumah terutamanya golongan pelajar. Duit perbelanjaan yang diperuntukkan sekadar cukup untuk makan sahaja. Jadi , atur perbelanjaan korang dengan bijak. Jangan terlalu ikut dengan trend semasa sampai sanggup habiskan duit untuk sesuatu makanan yang tidak berbaloi harganya. Boleh nak makan dekat luar, tetapi bukan selalu. Cuba kurangkan.
 
4) Jangan Bersiar-siar di Pasaraya


 

Fakta ini memang mengundang ke arah pembaziran. Sebab? Mana tidaknya, barang-barang yang dijual seperti di “downtown” , “uptown” ni memang murah harganya. Kadang-kadang barang yang kita ingin beli  itu bukanlah satu keperluan pun, disebabkan nafsu ingin beli tu datang maka, terjadilah pembaziran. Memang tidak dapat dinafikan, kalau anda pandai cari barang yang cantik dan kualiti yang bagus beserta pula dengan harga yang murah, Takkan nak tengok je? Mestilah korang akan beli ya tak? Tanpa sengaja, kita dan melakukan satu pembaziran sebenarnya.
 
5) Kongsi Kenderaan


 
kalau korang yang jenis suka melepak setiap malam, buatlah pakatan dengan kawan untuk pergi ke satu tempat hanya menggunakan satu kereta sahaja. Memang jimat, duit minyak dan duit tol pun dah  boleh kongsi. Generasi muda harus ambil ikhtibar untuk tips ini.
 
6) Jangan Beli Perabot Baru


 
Selagi perabot dekat rumah masih elok , belum ada kerosakan apa-apa, tidak perlulah membazir dengan beli yang baru. jangan mudah terpengaruh dengan  perabot di Ikea dan iklan jualan murah perabot yang terdapat di mana-mana, kalau rasa tidak perlu, jangan cuba untuk membeli barang yang mahal ya!
 
7) Jangan Berharap Pada Satu Sumber Pendapatan Sahaja


 

Sebenarnya, lagi bagus jika korang pandai buat “ side income” . Memang memerlukan komitmen yang lebih sedikit disebabkan kita perlu fokus pada dua perkara yang penting. Cubalah cari masa dan bijak bahagikan masa anda. Jangan terlalu fokus pada yang satu dan cuba seimbangkan. Bisnes semememangnya mendatangkan keuntungan. Tidak cukup jika kita berharap dengan satu pendapatan sahaja. Kadang-kadang pendapatan yang kita peroleh cukup-cukup untuk bayar internet, kereta dan tol sahaja. Jadi, mulalah berbisnes! Kecil-kecilan pun tidak mengapa asalkan ada “side income” yang masuk ke akaun kita.
 
8) Jangan Tambah Hutang


 
Jangan tambah komitmen jika anda sudahpun banyak komitmen. Maksudnya disini, tidak perlu untuk tambah kereta baru, tidak perlu untuk tambah kad kredit. Fikir kesusahan yang akan datang dahulu sebelum fikir keseronokan. Nanti, susah nak membayar diri sendiri juga yang serabut. Ingat, tumpu pada yang perlu dan sesuatu yang masih belum habis dibayar sahaja lagi.
 
9) Banyak Habiskan Masa Di Rumah


 

Kurangkan berjalan diluar, melepak dan apa-apa perkara yang mendorong kita untuk mengeluarkan duit. Banyak perkara yang berfaedah boleh anda lakukan dirumah. Tidak salah sekali sekala, habiskan masa di luar, cuma jangan terlalu kerap. Kerap anda keluar, keraplah habis duit. Hehe
 
10) Jangan Mudah Terpengaruh.
 


Tips terakhir ini mengandungi semua aspek yang berada di atas. Kesimpulannya, lakukan sesuatu dengan perancangan. Jangan terlalu ikutkan hati, fikir kesenangan untuk masa hadapan. Trend semasa yang muncul di zaman moden ini lah membuatkan kita terpengaruh dan tanpa sedar, kita membuat sesuatu yang mendorong kea rah pembaziran. Bijaklah merancang perjalanan hidup anda. Selamat beramal !

Sumber - era.fm 

No comments

Powered by Blogger.