Header Ads

10 Taman Tema Ini Yang Akan di Buka di Malaysia Tidak Lama Lagi

Malaysia tidak lama lagi akan buka lebih kurang 10 taman tema baru yang akan menjadi tarikan pelancong tempatan dan juga luar negara. Berikut antaranya :

1. 20th Century Fox Theme Park di Genting Highlands


Taman tema ini akan dibuka pada tahun 2016 yang merupakan taman Fox pertama di dunia. 20th Century Fox World Theme adalah sebahagian daripada pengubahsuaian Resort World Genting yang merangkumi 1,300 bilik hotel tambahan bersebelahan First World Hotel. Taman tema baru ini akan mempunyai permainan dan tarikan berdasarkan filem seperti Ice Age, Life of Pi, Alien, Predator dan Night At The Museum.

2. Upin dan Ipin Theme Park di Sepang
 

Kartun animasi kegemaran kanak-kanak di Malaysia akan membuka taman tema pada tahun 2015/2016 yang berkonsepkan Disneyland.

3. Ubisoft Theme Park di Kuala Lumpur
 

Dijadualkan untuk dibuka pada tahun 2020 di Kuala Lumpur, taman ini akan menjadi kompleks tertutup 10, 000 meter persegi yang menampilkan permainan, pertunjukan dan tarikan lain.

4. Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh 
 

 
Movie Animation Park Studios (MAPS) ini adalah satu projek yang paling unik yang sedang dijalankan dengan landskap riadah dan pelancongan di Malaysia. Akan disiap pada 2016, MAPS menawarkan 40 tarikan dalam 6 zon bertemakan DreamWorks Adventure Zone yang menampilkan Mr Peabody & Sherman, Megamind, The Croods dan Caspter The Friendly Ghost, termasuklah The Smurfs Live Animation Attractions, Home of BoBoiBoy, Malaysia Tallest Drop Tower dan banyak lagi. 

5. Langkawi Eco Theme Park di Langkawi
 

Akan dibuka pada 2015/2016 taman tema ini akan ada pusat membeli belah dengan hotel butik di Gunung Machinchang. Satu tarikan utama di taman tema ini adalah penerbangan Omnidome 3D dengan kerjasama National Geographic dan dinamakan Flight Over Langkawi. 

6. Splash Park di Port Dickson
 

Taman tema yang akan dibuka ini merupakan taman tema terbesar di Negeri Sembilan.

7. Jurassic Park di Melaka
 

Nampak seperti dinosaur dalam Jurassic Park datang ke Malaysia. Taman Tema dinosaur di Dataran 1Malaysia Klebang ini akan menjadi Jurassic Park pertama di Asia. 

8. Sea World di Melaka

 
Sea World di Melaka ini dikatakan lebih besar daripada Underwater World di Langkawi. Ia juga akan menempatkan ikan lumba-lumba, jerung dan lain-lain haiwan laut dalam dengan lebih dekat. 

9. Eco Marine Theme Park di Melaka
 

 
Eco Marine Theme Park Water Fountain dan Laser Show ini dijangka akan dibuka secara rasmi pada Disember 2015 ini. 

10. Ocean Quest Marine Theme Park and Ocean Splash Water Park di Johor
 

Taman tema yang akan dibuka di Desaru ini adalah sebuah taman laut interaktif dan memberi tumpuan kepada spesis terancam. Ocean Splash akan menjadi taman air kualiti antarabangsa dan sangat berbeza daripada mana-mana taman air yang ada di Malaysia. 






No comments

Powered by Blogger.