Header Ads

10 Selebriti Malaysia Yang Masih Kekal Jelita Di Usia 40 an


 
Kecantikan paras rupa itu merupakan satu anugerah serta bonus bagi sesiapa yang memilikinya.  Bukan senang nak jadi cantik dan bukan mudah untuk mengekalkannya. Banyak pantang larang dan petua yang harus diikut untuk kekal cantik walaupun umur sudah pun meningkat tua. Mesti korang tertanya-tanya, macam mana selebriti-selebriti Malaysia yang sudah berusia masih mampu mengekalkan rahsia kecantikannya?
 
Senang sahaja jawapannya, jika diri sudah digelar artis ataupun public figure, semestinyalah korang kena jaga penampilan korang sendiri untuk berhadapan dengan orang ramai ya tak? Paling tidak, pelbagai ubat serta vitamin yang diambil jika korang memang ada bajet lebih untuk dihabiskan hanya untuk kecantikan wajah sendiri. Jom kita usha 10 selebriti yang masih nampak muda dan tak dimamah usia ini !
 
1) Dato Sheila Majid
 
Dato Sheila Majid dilahirkan pada 3 Januari 1965. Merupakan seorang penyanyi wanita legend di Malaysia. Karyanya dikenali dengan genre muzik jazz. Sehingga kini, Dato Sheila Majid masih kelihatan cantik dan bergaya walaupun sudah mempunyai 4 orang cahaya mata.
 
2) Norish Karman
 
Merupakan seorang pelakon handal, boleh menggayakan pelbagai jenis watak yang  diberi. Datin Norish Karman tetap kelihatan jelita walaupun umur sudah makin meningkat tua.
 
3) Ziana Zain
 
Nama sebenar Siti Roziana Zain dan lebih dikenali sebagai Ziana Zain dan kini telahpun berusia 48 tahun. Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi bersuara tinggi ini? Ziana masih mengekalkan kecantikan walaupun umur hampir mencecah angka 5.
 
4) Fauziah Latiff
 
Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff  antara artis Malaysia yang legend dan sehingga kini, Fauziah Latif masih segar di ingatan orang ramai serta peminatnya sendiri. Walaupun sudah lama tidak bergiat aktif dalam dunia seni, Fauziah Latiff masih lagi mengekalkan kecantikan yang menawan di usia 46 tahun ini.
 
5) Ella
 
Ella yang digelar sebagai ratu rock Malaysia kini sudah pun berusia 50 tahun. Nama sebenar Nor Zila Aminuddin ini masih kelihatan bertenaga di atas pentas dan yang paling penting, gelagat serta raut wajahnya langsung tidak melambangkan usia sebenar Ella.
 
6) Jasmin Hamid
 
Jasmin Hamid merupakan seorang pelakon yang sangat berbakat besar. Keaktifan beliau berlakon terutamanya dalam drama-drama bersiri membuktikan kehandalan beliau membawa pelbagai jenis watak yang diberi. Pernah memegang takhta artis komedi popular Malaysia di era 90 an. Kini, Jasmin Hamid berusia dalam linkungan 44 tahun dan masih kekal langsing dan jelita.
 
7) Maria Fareeda
 
Terkenal dengan pelakon yang sentiasa bawa watak berimej seksi dan penggoda, Beliau baru sahaja melangsungkan perkahwinan baru-baru ini dan jika dilihat penampilannya sekarang, tidak kah keterlaluan jika Maria sudahpun brusia 46 tahun?
 
8) Erra Fazira
 
Pelakon serta Model jelita tak lain tak bukan Erra Fazira lah orangnya. Walaupun umur sudah berusia 42 tahun, Erra tetap kekal cantik jelita seperti biasa. Tiada beza jika dilihat perubahan zaman Erra, beliau masih lagi tampil bergaya dan menawan.
 
9) Rozita Che Wan
 
Makin berumur makin jelita, makin bergaya memang diva habis Cik Ta kita ni, usia yang meingkat tidak menghalang Cik Ta untuk tampil jelita setiap hari.
 
10) Vanidah Imran
 
Pelakon berwajah klasik , dan berkarakter lemah lembut ini dikenali sebagai Vanidah Imran dan merupakan isteri kepada pelakon tanah air juga iaitu Rashidi Ishak. Meskipun usia sudahpun mencecah 42 tahun, orang ramai masih lagi mendambakan lakonan serta kecantikan Vanidah Imran di kaca TV.

Sumber - era.fm 

No comments

Powered by Blogger.