Header Ads

10 Selebriti Malaysia Paling Top Di Google

Korang pernah terfikir siapa selebriti Malaysia paling dicari di Google? Merujuk kepada “Google Trends” 10 senarai selebriti paling dicari dalam Malaysia adalah..
1. Felixia Yeap
1-Felixia-Yeap
Felixia Yeap adalah model Playboy Bunny pertama di Malaysia. Sejak Disember 2013, beliau telah memeluk agama islam dan sekaligus mengenakan fesyen muslimah.

2. Joyce Chu
10

Joyce Chu atau nama gelarannya Siyecao , adalah seorang penyanyi Malaysia yang meningkat naik selepas  muzik video lagunya “Malaysia Chabor ” mendapat lebih daripada 7 juta tontonan di YouTube.

3. Tasha Shila
9

Tasha Shila atau ebih dikenali sebagai Natasha Sheila binti Abdul Razak, adalah seorang pelakon dan model yang biasa dilihat di dalam drama TV.

4. Puteri Sarah Liyana
8
Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin adalah seorang pelakon dan model di Malaysia. Dia pernah menjadi muka advertorial untuk DiGi , F & N dan Nivea serta duta produk Silky Girl.

5. Wak Doyok
7

Wak Doyok , juga dikenali dengan nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, meningkat popular kerana gaya unik ,dan ada pihak yang menjadikannya ikon fesyen.

6. Eina Azman
6

Ainur Syakina Azman, atau lebih dikenali sebagai Eina Azman, adalah seorang pelakon dan penyanyi. Pernah membintangi filem Ratu The Movie, Ada Sesuatu Yang tertinggal , dan beberapa drama seperti Calon Isteri . Beliau telah berkahwin dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada usia muda dengan 19.

7. Erra Fazira


5
Erra Fazira adalah seorang pelakon, penyanyi , model, Hos TV , penerbit filem , dan juga bekas ratu cantik. Beliau meningkat masyur pada awal 1990-an.

8. Sharifah Aini
4
Allahyarham Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar atau juga dikenali sebagai Sharifah Aini adalah seorang penyanyi terkenal di Malaysia. Beliau juga dikenali sebagai Biduanita Negara.

9. Keith Foo
3-Keith-Foo
Keith Foo , seorang warganegara Malaysia kacukan Cina dan India merupakan seorang pelakon Malaysia dan juga Indonesia.

10. Hanez Suraya
2
Hanez Suraya atau nama sebenarnya Hanez Suraya Binti Abdul Aziz  adalah seorang pelakon dari Malaysia.  Pernah membintangi filem dan siri TV seperti 3 Jani, Bimbo, Hidayah Cintaku dan Suri.

Sumber -  Vulcanpost 

No comments

Powered by Blogger.