Header Ads

10 Pusat Membeli-Belah Yang Menarik Di Malaysia



Pastinya anda sedang seronok membeli-belah. Al-maklumlah bermula 14 November 2015 sehingga 3 Januari 2016 adalah semua pusat membeli-belah mengadakan mega sales! Semestinya harga barangan yang dijual juga turun dengan banyak. Tetapi anda perlu berbelanja sebaik mungkin. Jangan terlalu boros. 

Dalam pada kita mahu pergi ke tempat membeli-belah, kami ada sepuluh tempat untuk kami kongsikan dengan anda. Bukan sahaja tempat yang menarik dan cantik, tetapi ia memudahkan anda untuk membeli-belah kelak. 

1. Johor Baharu – Johor Premium Outlets(JPO)
Pusat membeli-belah yang sentiasa menjadi sebutan. Pelbagai barangan jenama yang boleh anda dapati di JPO. Tetapi yang menariknya jualan hebat antara 25% sehingga 65%! Sekiranya anda berada di sekitar Johor, cepat pergi!

2. Melaka – The Store
The Store salah sebuah pusat membeli-belah yang popular. Pelbagai barangan yang boleh anda perolehi tidak kira daripada barang dapur sehinggalah pakaian. Kalau anda mahu membeli barang untuk sekolah, The Store adalah tempat yang sesuai.

3. Kuala Lumpur – Fahrenheit 88
Sekiranya anda dari luar Kuala Lumpur, tetapi tidak tahu hotel mana yang mahu diduduki, Fahrenheit adalah salah satu tempat yang anda cari. Bukan sahaja menyediakan Suites atau bilik yang cantik, tetapi mudah untuk anda membeli belah. Di bawah mempunyai pusat membeli-belah yang pelbagai kedai yang boleh anda dapati. Antaranya kedai kasut, jam, salun dan sebagainya.

4.    Pulau Pinang – Queensbay Mall
Queensbay Mall salah satu pusat membeli-belah terkemuka dan popular terutama di Pulau Pinang. Ia mempunyai 5 peringkat iaitu jenama antarabangsa dan buatan Malaysia yang terdiri daripada fesyen, gaya hidup, makan, hiburan, sukan, elektronik, perabot rumah dan lain-lain. Jadilah sebahagian yang membeli-belah di Queensbay Mall.

5. Kedah – Aman Central Mall, Alor Setar
Aman Central Mall, adalah salah satu pusat membeli-belah yang terbesar bukan di Kedah tetapi dalam Semenanjung Malaysia. Mempunyai 330 buah kedai dan lebih 1700 tempat letak kereta. Anda mahu menonton wayang, bermain boling, atau apa sahaja, Aman Central Mall perlu anda lawati. 

6.    Kelantan – KB Mall
KB Mall terletak di Kota Baru, ibu negeri Kelantan. KB Mall menjadi syurga membeli-belah yang paling popular serta berjaya dan moden. Penduduk tempatan dan pelancong dari Terengganu, Pahang dan juga Selatan Thailand sentiasa berkujung kesana. Matlamat KB Mall untuk menjadi "pusat membeli-belah sehenti" maka ia memberi penekanan kepada kemudahan kepada pembeli.

7.    Pahang – East Coast Mall
Terletak di tengah Bandar Kuantan, East Coast Mall adalah tempat yang strategik. Berdekatan dengan Stadium Darul Makmur dan juga Hotel Zenith. Kalau anda membeli-belah di sini, segalanya anda akan perolehi. Paling utama menampilkan lebih daripada lima buah restoran makanan yang enak antaranya Popilla, Black Canyon, Jonny Restaurant dan lain-lain.

8.    Sabah – 1 Borneo Kota Kinabalu
Sabah juga mempunyai pusat membeli-belah yang hebat dan menjadikan anda rambang mata. Tetapi kami percaya anda dapat mengawal keadaan ketika membeli-belah. Beli apa yang paling utama terlebih dahulu.

9.    Sarawak – The Spring Kuching
Bagi warganegara Sarawak tidak perlu bimbang kerana pusat membeli-belah The Spring Kuching mempunyai pelbagai kedai yang menyediakan keperluaan asas dan sebagainya. Apa lagi, bolehlah anda serang bersama keluarga.

10.    Kuala Lumpur – NU Sentral
Akhir sekali pusat membeli-belah yang boleh anda pilih ialah NU Sentral. Terletak di KL Sentral, NU Sentral bukan sahaja tempat yang strategik malah ia dikelilingi kemudahan awam yang mudah. Anda boleh menaiki apa bentuk kemudahan kerana di NU Sentral ada Putra LRT, Monorail, KTM, bas dan juga teksi. Pusat membeli-belahnya tidak perlu dikatakan lagi kerana pelbagai kedai menarik. Antaranya panggung wayang, ayam penyet, Butik Cosry dan lain-lain. Jadi jom membeli-belah secara berhemah!

No comments

Powered by Blogger.