Header Ads

10 Gunung Berapi Paling Merbahaya di Dunia



Pasukan dari University of Manchester dan para pengkaji gunung berapi telah membuat satu kerjasama atas talian (online) untuk menyenaraikan 10 gunung berapi paling berbahaya di dunia. Senarai ini terdiri daripada gunung berapi yang berpotensi meletus dalam masa 100 tahun dan boleh meragut sehingga satu juta kematian.
Mengikut senarai tersebut, tiga buah gunung berapi yang teratas ialah Gunung Iwo Jima di Jepun, Apoyeque di Nicaragua dan Campi Flegrei, Italy. Tahap bahaya gunung-gunung ini adalah berdasarkan dekatnya jarak mereka dengan populasi manusia dan kerosakan yang akan dicetuskan akibat letupan mengikut aktiviti terkini gunung dan sejarah letusannya.
Sebelum ini, dua buah badan iaitu International Association of Volcanology dan the Chemistry of the Earthís Interior (IAVCEI) pernah membuat senarai The Decade Volcanoes iaitu 16 buah gunung berapi paling merbahaya di dunia. Senarai ini mengandungi semua gunung yang yang pernah mengalami letusan yang besar dan memusnahkan, serta terletak berdekatan dengan penempatan manusia yang besar dan padat. Namun senarai ini berbeza dengan yang dihasilkan oleh University of Manchester kecuali Gunung Berapi Taal (Filipina) yang terdapat dalam kedua-dua senarai.
Walau bagaimanapun, senarai The Decade Volcanoes sudah berusia hampir 20 tahun dan banyak maklumat saintifik terbaru telah diterbitkan sejak itu. Pemahaman kita tentang volkanologi juga semakin maju. Professor Albert Zijlstra, seorang ahli astrofizik University of Manchester menerangkan tujuan penyenaraian semua gunung berapi ini. 
Beliau berharap untuk menyebarkan kesedaran awam tentang gunung-gunung berapi yang belum diketahui bahayanya kerana kurang pemantauan atau maklumat pemantauan tidak dikongsi bersama awam. Iwo Jima adalah tapak ketenteraan. Semua gunung berapi yang tersenarai dalam The Decade Volcanoes sedang dipantau rapi.
Senarai 10 gunung berapi paling merbahaya seperti berikut :
1 – Iwo Jima, Japan
2 – Apoyeque, Nicaragua
3 – Campi Flegrei, Italy
4 – Mount Aso, Japan
5 – Trans Mexico Volcanic Belt, Mexico
6 – Gunung Agung, Indonesia
7 – Mount Cameroon, Cameroon
8 – Taal, Philippines
9 – Mayon, Philippines
10 – Gunung Kelud, Indonesia
Sumber :ifls

No comments

Powered by Blogger.