Header Ads

10 Fakta Menarik Tentang Cheese Yang Anda Perlu Tahu



Ramai yang sukakan keju dan ramai juga yang tidak sukakan keju. Bagi aku, bedal ja janji sedap. Malah aku percaya ada di antara anda adalah peminat keju setia sebab boleh ratah keju sambil bukak peti sejuk dan sambil layan drama Melayu.
Kami bawakan 10 fakta mengenai keju kepada anda dan jika anda rasa anda mahu tambah-tambah lagi fakta yang anda tahu, boleh sambung di ruangan komen. Sama-sama kita kongsikan ilmu untuk manfaat bersama. Jom baca dan sebarkan.
1. Terdapat lebih 2000 jenis keju terdapat di seluruh dunia dan mozarella merupakan keju paling banyak digunakan dan diminati.
2. Penduduk di Greece adalah manusia yang paling banyak makan keju iaitu sebanyak 27.3 kilogram seorang dalam masa setahun. Wow!
3. Pizza Hut merupakan pengguna terbesar keju iaitu kira-kira 150 juta kilo setahun – kebanyakannya digunakan untuk pizza. Terbayang Pizza Hut’kah?
4. Tahukah anda bahawa pengeluaran keju di seluruh dunia adalah lebih banyak daripada pengeluaran – kopi,tembakau, teh dan juga koko. Jadi sabun’kah keju ini?
5. Kilang pertama keju dibuka di Switzerland apda tahu 1815 dan pengeluaran secara besar-besaran berjaya diusahakan pada tahun 1851 di Amerika Syarikat
6. Di Amerika Syarikat, pada bulan Jun ada tarikh tertentu untuk meraikan hari keju peringkat kebangsaan. Mari kita buat hari nasi lemak peringkat kebangsaan
7. Keju boleh dihasilkan oleh pelbagai jenis susu termasuklah susu lembu, kerbau, kambing, kuda dan juga unta. Jangan nak bergurau, susu kucing tak boleh
8. Jumlah pengeluaran keju di seluruh dunia yang sangat besar 20 juta tan setahun dan jumlah tersebut meningkat selari dengan permintaan yang meningkat.
9. Jika anda mahu cuba-cuba mahu buat keju, anda perlukan kira-kira 5 kilogram susu untuk menghasilkan 1 kilogram susu. Bagus juga ada keju, jika tidak kita tidak tahu ke mana susu-susu dibazirkan
10. Keju terlebih dahulu disimpan dalam jangka masa tertentu sebelum sedia untuk dimakan. Sesetengah keju diperam sehingga berkulat bagi membuatkan mereka cukup umur untuk dimakan. Ya, memang ada keju yang dimakan bersama kulatnya sekali.

No comments

Powered by Blogger.