Header Ads

Zurkenberg orang ke-6 terkaya di dunia

Empayar Facebook Mark Zuckerberg terus berkembang dan beliau baru saja mengatasi kekayaan adik beradik Koch. Menurut Bloomberg, ketua eksekutif rangkaian media sosial berusia 31 tahun itu kini memiliki kekayaan berjumlah AS$47 bilion (RM195.78 bilion), menjadikannya individu keenam paling kaya di dunia. 

Rabu lalu, Facebook mengeluarkan laporan pendapatan suku keempat tahun 2015 yang menyebabkan harga saham melonjak lebih 13 peratus dalam dagangan awal pagi semalam. 

Kekayaan Zuckerberg kebanyakannya adalah saham Facebook dan lonjakan harga itu meningkatkan kekayaannya kepada AS$1.2 bilion (RM5 bilion) untuk tahun ini. Kekayaan Charles dan David Koch yang diatasi Zuckerberg, merosot berikutan kejatuhan harga minyak. 

Bill Gates kekal sebagai individu terkaya dunia dengan kekayaan berjumlah AS$78 bilion (RM324.91 bilion). Senarai itu diikuti Amancio Ortega AS$70 bilion (RM291.58 bilion), Warren Buffet AS$ 59 bilion (RM245.76 bilion), Jeff Bezos AS$52 bilion (RM216.60 bilion) dan Carlos Slim AS$48 bilion (RM199.94 bilion). 

Sumber - AFP

No comments

Powered by Blogger.