Header Ads

Virus Zika : kemungkinan tersebar di seluruh benua Amerika



Menurut WHO, virus Zika kemungkinan tersebar hampir ke seluruh benua Amerika, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran. Jangkitan itu, yang menyebabkan gejala termasuk demam ringan, konjunktivitis dan sakit kepala sudah ditemui dijangkiti di 21 negara di kepulauan Caribbean, Utara dan Selatan Amerika. 



Ia dikaitkan dengan ribuan bayi dilahirkan dengan otak terencat dan sesetengah negara menasihatkan wanita supaya tidak hamil. Tiada rawatan atau vaksin untuk merawatnya setakat ini. Virus itu berasal dari Afrika dan kali pertama ditemui disebarkan ke benua Amerika di Brazil pada Mei 2015. Kekurangan imuniti semula jadi dalam kalangan penduduk Amerika dianggap membantu jangkitan merebak dengan mudah. 

Zika dijangkiti menerusi gigitan nyamuk Aedes, ditemui di semua negara di rantau itu kecuali Kanada dan Chile. Dalam satu kenyataan, Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO), pejabat serantau WHO berkata: "PAHO menjangka virus Zika akan terus tersebar dan kemungkinan sampai ke semua negara dan jajahan rantau di mana nyamuk Aedes ditemui." 

Ia juga mengesahkan virus itu dikesan dalam air mani dan ada "satu kes kemungkinan jangkitan seksual daripada individu kepada individu" namun bukti lanjut masih diperlukan. Kira-kira 80 peratus jangkitan tidak menunjukkan sebarang gejala. 



Namun kebimbangan terbesar adalah kesannya ke atas bayi yang berkembang dalam rahim. Ada kira-kira 3,500 kes mikrosefali (bayi dilahirkan dengan otak kecil) di Brazil sejak Oktober lalu. PAHO memberi amaran terutama wanita hamil supaya "berhati-hati" dan berjumpa doktor sebelum dan selepas mengunjungi kawasan dijangkiti virus terbabit. 


Sumber : BBC

No comments

Powered by Blogger.