Header Ads

Video promo jersi JDT seakan-akan video Nike pasukan Brazil



Baru-baru ini pasukan JDT di bawah pemilik Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendapat pujian oleh ramai kerana klik video promosi jersi JDT dari penajaan Adidas dianggap antara video kelas dunia. Klik video itu yang berdurasi selama tiga minit memaparkan pemain JDT bermain bola sepak di Lapangan Antarabangsa Senai, Johor.

Walaubagaimanapun, dengan kejayaan video itu juga terpalit dengan kritikan video tersebut yang seakan-akan dengan iklan Nike yang diterbitkan pada tahun 1998 untuk mempromosikan jersi pasukan kebangsaan Brazil.

Dalam video terbitan JDT, pemain pasukan itu pada mulanya dilihat bosan sebelum Amri Yahyah mengajak Safee Sali bermain bola sehingga berlarutan ke setiap kawasan di lapaangan terbang terbabit.



Malah cara Safee Sali memandang ke luar juga cukup mirip dengan apa yang dibuat Ronaldo dalam iklan Nike itu pada awal iklan terbabit selain beberapa persamaan yang agak ketara. Walaupun dengan isu persamaan dengan iklan Nike Brazil, saya tetap bangga sebagai rakyat Malaysia dengan kelainan yang dibawa oleh pasukan JDT itu.




No comments

Powered by Blogger.