Header Ads

UEFA Euro 2016 makin dekat



Ehh..sat ja kan tinggal lagi 5 bulan bermula sepak bola kejohanan yang berprestij di Eropah yang ditunggu-tunggu oleh peminat bola. Kejohanan kali ni UEFA Euro 2016 berlangsung di Perancis di mana mendapat undian tertinggi setelah mengalahkan persaing yang lain yang turut membida tawaran kejohanan itu.

Yang menarik kali ni jumlah pasukan yang bertanding sebanyak 24 pasukan berbanding 4 tahun lepas sebanyak 16 pasukan. Banyak kejutan yang berlaku untuk Euro 2016 di mana pasukan kerdil yang tak pernah langsung dipandang tetapi kali ni layak bertanding untuk kejohanan kali ni. Tahu tak pasukan yang dimaksudkan adalah pasukan Iceland.



Maskot Euro 2016 France

Selain tu juga, pasukan bola sepak Albania, Northern Ireland, Wales dan Slovakia turut membuat penampilan sulung di kejohanan Euro kali ni. So, jangan lepas peluang untuk menyaksikan kejohanan ini yang akan berlangsung pada 10 Jun hingga 10 Julai tahun ni. Mesti Euro kali ni lain pada yang lain kerana kemungkinan akan berlaku kejutan yang tak disangka.

Manakah pilihan pasukan anda? Beri komen ulasan itu ...

No comments

Powered by Blogger.