Header Ads

Tutorial : cara daftar Feedburner untuk blogspot

Kali ni saya ingin share kepada korang cara daftar Feedburner ke dalam blog anda. Cara Mendaftar feedburner untuk Blogspot korang. Okey sebelum kita membahas tentang cara daftar feedburner, adakalanya korang harus tahu dulu apa itu feedburner.



Feedburner pada umumnya berfungsi sebagai perkhidmatan percuma yang telah diambil alih oleh google yang membantu pemilik blog seperti kita dalam menguruskan dan menganalisis statistik pelanggan artikel blog yang kita miliki.

Untuk Feedburner sendiri banyak modelnya , ada Headline Animator, Analyze, Buzzbost  dll, tapi untuk entri ini saya hanya kongsikan tentang FeedBurner Email subscription saja.

CARA MENDAFTAR FEEDBURNER UNTUK BLOGSPOT :

1. Layari laman web FeedBurner  dan sila login menggunakan akaun gmail korang.

2. Pada halaman Feedburner, sila isikan url blog korang dan pilih 'Next'.

3. Selepas itu, ia akan keluar perkataan 'Please select one to use' dan kalau sudah korang perlu klik 'Next'.

4. Setelah itu, sila isi 'Feed Title' dan 'Feed Address' anda dan teruskan pilih next.

5. Selepas itu, korang perlu save kan alamat feedburner anda. Jika sudah tekan kan next.

6. Selanjutnya, korang diberikan beberapa pilihan dan ikuti saja gambar di bawah, then tekan next.



7. Dah siap dan keluar perkataan 'you have successfully'.

CARA MEMASANG FEEDBURNER KE DALAM BLOG :

1. Masukkan ke dalam blog anda.

2. Lalu pilih 'setting' di bawah sekali.

3. Terus pilih 'other'.

4. Then, pilih 'Post feed redirect URL' dan isikan url dengan alamat feedburner yang anda telah simpan.

5. Tekan 'Save setting'.

6. Langkah selanjutnya, korang perlu mengambil code script feedburner untuk disimpan di blog. Okey, pada halaman feedburner pilih 'Publicize', then pilih 'Email subscription' dan tekan 'active' dibawah.

7. Lalu, terus ke 'use as a widget in' dan ubah menjadi blogger. Then, copy code html tersebut.

8. Dan kembali ke pada blogger korang. Pilih 'Layout' > 'Add gadget' dan pilih html/javascript.

9. Then, paste kan code feedburner tadi. Dan tekan 'Save'. Dah siap!!!.

10. Maka, hasilnya korang akan dapat macam ni.



Semoga artikel ni dapat memberi manfaat kepada korang semua. Kalau korang nak feedburner, jangan duk buang masa lagi. Cepat2 masukkan url korang.

No comments

Powered by Blogger.