Header Ads

Tips dan trik bisnes di rumah

Dalam entri ni, saya kongsikan tips dan trik untuk berbisnes di rumah yang sesuai kepada mereka yang berjinak-jinak dalam bidang ini. Ni tips yang disampaikan oleh Dr Azizan Osman.



Seperti biasa bangun awal pagi, mandi, sarapan, pakai pakaian kemas serta tetapkan pemikiran yang positif. Menetapkan rutin harian seperti gaya seorang usahawan profesional lakukan, ia akan membantu anda menaikkan lagi minda yang produktif dan proaktif.



Bukan senang hendak melakukan kerja tanpa gangguan dari sekekeling. Salah satu cara untuk atasi masalah ini adalah dengan membina satu ruang khas yang boleh direka bentuk kelihatan seperti bilik pejabat. Anda boleh menghias mini pejabat ini mengikut kemahuan anda.

Lengkapkan mini pejabat anda dengan barang-barang keperluan asas seperti komputet, mesin pencetak dan telefon. Tetapkan peraturan mini pejabat sebagai contoh tidak dibenarkan orang lain memasukinya jika tidak mempunyai urusan penting.



Ini merupakan trik paling berharga yang dikongsi oleh ramai jutawan. Contoh, jika anda bercadang untuk melakukan kerja bisnes harian bermula pukul 9.00 pagi ni bermakna anda perlu berada di dalam mini pejabat pada pukul 8.30 pagi.

Gunakan 30 minit awal ini dengan sebaik mungkin. Anda boleh mulakan merangka kerja-kerja yang perlu dilakukan pada hari tersebut dengan cara menulis di atas kertas, jadikan kertas ini sebagai senarai semak. Jika masih ada masa terluang, anda boleh melayari internet dan media sosial untuk mencari bahan-bahan yang boleh menambah tenaga positif diri anda.



Susun kerja mengikut keutamaan, ini bermakna kerja yang mempunyai tarikh paling terdekat untuk dihantar ke pelanggan perlu disiapkan terlebih dahulu. Jangan tunda kerja walaupun kerja itu rumit, bina pelan kerja dengan teratur agar anda tidak menghadapi masalah di kemudian hari.



Kerja di rumah kadang kala akan membuat anda berasa kesunyian, gunakan media sosial seperti Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan lain. Berborak dengan mereka sebentar untuk hilangkan stress diri. Selesaikan kesunyian, selepas itu sambung kerja semula.




No comments

Powered by Blogger.