Header Ads

Tip makanan terbaik untuk pesakit denggi

Dengar ja denggi merata-rata tempat dijangkiti wabak tersebut. Malah, di kawasan saya pun disuspek sebagai tempat wabak denggi yang tinggi, tiap minggu manjang ja sembur asap aedes. Korang tau denggi ni tak leh bawa men-men kerana ia boleh bawa kematian kalau tak dirawat lebih awal.

So, kali ni saya nak bagi tips kepada korang tentang makanan terbaik untuk pesakit denggi bagi cepat sembuh.

Air kelapa

Semasa dijangkiti demam denggi, pesakit harus minum lebih banyak air kelapa. Air kelapa mengembalikan semula elektrolit, mineral dan pelbagai zat mineral yang hilang akibat dehidrasi semasa demam denggi.

Sayuran-sayuran hijau

Sayuran hijau seperti bayam dan sawi adalah sumber nutrien terbaik selain kaya dengan pelbagai bahan terutamanya klorofil yang dapat meningkatkan sistem imun melawan virus.

Elakkan makanan pedas dan berminyak

Pengambilan makanan berminyak dan pedas akan mengganggu proses penyembuhan dari demam denggi.

Minum banyak air

Paling penting bagi pesakit denggi adalah perlu lebih minum air untuk mengelak dari dehidrasi. Pengambilan air yang cukup dapat membantu mengeluarkan toksin daripada badan melalui peluh dan air kencing.

Ambil jus daun betik

Ramai yang mengaku mengambil jus daun betik dapat pulih dengan cepat daripada demam denggi. Ia diperakui keberkesanan jus daun betik untuk pesakit gigi. Ia juga dibuktikan oleh kajian saintifik yang mendapati ekstrak daun betik dapat meningkatkan paras platelet dalam darah.

Sedikit-sebanyak perkongsian tentang tips-tips ini dapat la bantu anda kalau dijangkiti demam denggi.






1 comment:

  1. Alhamdulillah terima kasih input yang dikongsi ni ya...jadi panduan dan rujukkan...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.