Header Ads

The Boy filem seram patung



Info Filem:

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 21 Januari 2016
Genre: Seram / Ngeri
Durasi: 1 Jam 38 Minit
Pengedar: GSC MOVIES
Pelakon: Lauren Cohan, Rupert Evans, Ben Robson
Pengarah: William Brent Bell
Format: 2D


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pembaca setia blog ini. Kali ni nak saya nak review filem seram, "The Boy". Filem ini memang hangat diperkatakan dan masa saya tonton hari pertama tayangan, memang full house yer. Seram ke tak filem tu? Bagi saya boleh la citer ni macam ala-ala Annabelle.



Sinopsis

Filem "The Boy" mengisahkan tentang aeorang wanita bernama Greta telah mengambil kerja sebagai pengasuh di sebuah perkampungan terpencil Inggeris. Apabila dia tiba, dia mendapati budak lelaki berusia 8 tahun yang perlu dijaga sebenarnya patung porselin yang mana ibu bapanya melayannya seperti budak sebenar selepas kematian anak lelaki mereka. Selepas melanggar beberapa peraturan, beberapa kejadian aneh berlaku membuatkan Greta semakin yakin bahawa patung itu sebenarnya hidup.

Filem ini keseluruhannya menarik untuk ditonton sebenarnya walaupun kecewa bahagian ending dia. Mungkin korang suka ending dia, who knows? hehe Korang akan tertanya apa sebenarnya patung yang ketengahkan dalam filem ini. Apa sebenarnya niat ibu bapa Bhrams ? Kenapa Greta sanggup kerja jaga patung tu ? Jangan lupa tengok okay hehe.

No comments

Powered by Blogger.