Header Ads

Teori konspirasi Illuminati filem Despicable Me dan Minions

Walaupun filem Despicable Me dan Minions sememangnya mencapai kejayaan yang sangat luar biasa. Dengan karekternya yang bersahaja dan sangat lucu begitu menambat hati sesiapa yang menontonnya. Namun begitu, filem ini mempunyai konspirasi disebalik cerita itu.



Namun ada yang menganggap bahawa filem-filem ini ada kaitannya dengan misteri kumpulan rahsia yang 'mengawal' dunia disebalik tabir, Illuminati.

1. Illumination Entertainment



Sejak awal lagi filem ini sudah ditayangkan dengan tulisan Illumination Entertainment yang dipanjang berjela-jela. Seperti terang-terangan menunjukkan bahawa filem Minions adalah sebuah filem yang sarat dengan teori konspirasi.

Kerana jika kita merujuk sejarah, Illuminati merujuk kepada Illuminati Bavaria (baca sini), iaitu kelompok rahsia yang wujud pada tanggal 1 Mei 1776.

Illuminati sendiri diambil dari bahasa latin yang bermaksud kumpulan cahaya dan merupakan kepercayaan di mana ilmu pengetahuan adalah segala-galanya dan kononnya tiada lagi yang dikatakan misteri kerana semua sudah ada penjelasannya.

2. Bermata Satu



Kenapa agaknya Stuart dan beberapa karakter Minions lain divisualkan dengan mata cuma satu sahaja? Seolah-olah hubungannya sama dengan Illuminati yang begitu memuja ilmu pengetahuan.

Dalam Illuminati, ilmu pengetahuan berpusat pada satu titik yang dilambangkan dengan mata satu. Juga Freemasonary (Freemason) yang merupakan ritual pemujaan terhadap The great architect yang dilakukan oleh kelompok Illuminati.

Dan anda tahu siapa yang dimaksudkan sebagai The great architect itu? Dia adalah Fallen Angel atau Lucifer. Lucifer sendiri biasanya disimbolkan dengan 'The All Seeing Eye' (mata tuhan) atau Eye of Horus yang diambil dari lagenda Mesir.

3. Immortal



Minions diceritakan sebagai makhluk immortal yang tidak akan mati dan sudah wujud sejak zaman dinasour. Yang pasti, kita semua tahu makhluk apakah yang berumur panjang atau immortal. Ada yang baik, ada juga yang jahat.

Kata Minion sendiri didalam kamus ertinya adalah pelayan atau kaki tangan. Dan logik jika Minions itu sifatnya seperti apa, dengan melihat siapa yang dijadikan pemimpin oleh para minion.

Bermula dengan dengan zaman Dinasour, Firaun, Napoleon hinggalah Dracula, sehinggalah akhirnya pada tahun 1968 + 42 mereka menemui Gru sebagai ketua baru mereka.

4. Piramid



Masih membahas tajuk Despicable Me, filem ini dimulakan dengan scene mencuri Piramid. Tapi kenapa Piramid yang dicuri, bukannya menara Eiffel, The Great Wall atau Kaabah?

Jawapannya mungkin, kerana Piramid adalah simbol yang mewakili kepercayaan mereka terhadap lagenda Mesir, Eye of Horus yang letaknya ada di puncak Piramid.

Simbol Piramid sendiri dalam kehidupan seharian biasanya dalam bentuk segitiga. Yang diletakkan di tempat-tempat yang sering dilihat, seperti duit 1 USD, maskot Olimpik London 2012, sehinggalah kepada salah satu logo Nickelodeon.

Cuba anda google 'Nickelodeon all seeing eye' dan kamu nilai sendiri.

5. Bank of Evil



Dari namanya saja sudah jelas menyatakan bahawa ini adalah bank yang dimiliki oleh pemilik yang sangat jahat. Dan pada filem Despicable Me, Gru berusaha untuk mendapatkan pinjaman dari bank ini.

Cuba anda perhatikan tulisan yang ada pada bahagian bawah logo Bank of Evil. Di situ tertulis 'Formerly Lehman Brothers' yang maksudnya 'Dulunya Lehman Brothers' atau pernah dimiliki oleh Lehman Brothers.

Anda tahu cerita Lehman Brothers? Mari saya ceritakan dibawah.

Lehman Brothers dulunya adalah sebuah syarikat kewangan global di Amerika Syarikat. Lehman Brothers merupakan bank perlaburan keempat terbesar di AS, sebelum diisytihar bangkrap pada tahun 2008.

Lehman Brothers merupakan kes kebangkrapan terbesar sepanjang sejarah AS dan mereka dikatakan sebagai punca kepada krisis kewangan global yang berlaku pada akhir tahun 2000-an itu

Penggunaan logo Lehman Brother dalam Bank of Evil ini pula sebagai simbolik bahawa warga Amerika kini menanggung semua beban yang ditimbulkan dengan kejatuhan Lehman Brothers.

Perkara itu digambarkan dengan jelas melalui patung-patung yang terdapat pada setiap tiang di sepanjang koridor Bank of Evil.

Jadi, apa hubungannya dengan sebarang teori konspirasi? Itukan dalam bentuk simbolik bahawa kapitalisme pasti akan menguasai sektor ekonomi yang dalam filem ini diwakili Bank of Evil.


Persoalan besar yang timbul ialah, apa sebenarnya rancangan mereka ini? Mesej apa yang ingin disampaikan kepada penonton diseluruh dunia?



No comments

Powered by Blogger.