Header Ads

Stadium baharu JDT dinamakan Stadium Sultan Ibrahim

Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengumumkan stadium baharu yang akan dibina akan dinamakan sebagai Stadium Sultan Ibrahim, Larkin dan terletak di Iskandar Puteri.

Tunku Ismail juga mengesahkan kapasiti tempat duduk stadium berkenaan 40,000 hingga 45,000 dan membabitkan keluasan 14 hektar dan baki 14 hektar lagi akan dibina hotel, pangsapuri, kompleks membeli-belah selain padang ragbi, tenis dan futsal.

"Ia akan dikenali sebagai Bandar Sukan Johor Darul Ta'zim (JDT). Kita hendak jadikan JDT lain daripada yang lain malah perancangan berjalan dengan baik dan saya amat bersyukur kerana projek pembinaan stadium akan dilaksanakan sebaik majlis pecah tanah, Sabtu ini.

"Anggaran kos pembinaan stadium baharu dalam lingkungan RM180 juta atau RM200 juta dan stadium berkenaan akan lebih strategik dengan adanya ibu pejabat JDT berpusat di sana nanti. Beliau menambah, Forest City yang menjadi penaja utama JDT dan Forest City juga akan membina stadium berkenaan.

"Apabila stadium baharu siap sepenuh skuad JDT akan menggunakan stadium berkenaan, skuad Johor Darul Ta'zim II (JDT II) akan menggunakan stadium di Larkin manakala pasukan skuad Piala Presiden dan Belia akan menggunakan Stadium Pasir Gudang," kata Tunku Ismail.

No comments

Powered by Blogger.