Header Ads

Sinopsis Drama Cinta Teruna Kimchi

Hai...boleh tahan la malam kelmarin tengok citer ni. Pandai Nazim Othman tutur bahasa Korea. Sebenarnya drama Cinta Teruna Kimchi telah bersiaran malam kelmarin di slot Zehra TV3. Dibintangi oleh Nazim Othman dan Risteena Munim, mengisahkan tentang seorang jejaka dari Korea yang datang ke Malaysia demi sebuah misi.




Drama Cinta Teruna Kimchi yang diarahkan oleh Heykal Hanifah akan disiarkan setiap Rabu hingga Jumaat mulai 28 Januari pada pukul 9:00 malam menggantikan drama Cik Cinderella dan Encik Tengku.


SINOPSIS DRAMA CINTA TERUNA KIMCHI



Drama Cinta Teruna Kimchi mengisahkan tentang seorang mahasiswa dari Korea yang sering mendapat mimpi yang berulang. Mimpi itu seakan satu hidayah yang membawanya untuk lebih mengenali Tuhan. Mahasiswa yang bernama Kang Ye Jun ini sering tertanya-tanya siapa ayahnya. Si ibu langsung tidak membantu kerana banyak berahsia.
Suatu hari Kang Ye Jun telah menemui sekeping gambar yang mula merubah masa depannya. Gambar seorang lelaki yang berkopiah itu membuatkan Kang Ye Jun yakin, lelaki itu adalah ayahnya. Dia mulai nekad untuk menjejaki ayahnya yang beragama islam itu. Demi memastikan kejayaan misinya itu, Kang Ye Jun berhijrah ke Malaysia.
Berjayakah dia mencari ayahnya?
Antara pelakon lain yang turut menjayakan Drama Cinta Teruna Kimchi adalah Johan As’ari, Niena Baharun, Feiyna Tajudin, Kamal Ibrahim dan Bodt Sharade.
Apa yang menariknya adalah Lagu Cinta nyanyian Asmara menjadi OST atau lagu tema untuk drama Cinta Teruna Kimchi. 
So, jangan lupa saksikan drama ini di slot Zehra TV3.

No comments

Powered by Blogger.