Header Ads

Semakan Online Saman JPJ

Masa sekarang mudah ja, korang tau, kalau kena saman JPJ, korang boleh buat semakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi atas talian (online) dan juga sistem pesanan ringkas (SMS).

SEMAKAN ONLINE SAMAN JPJ :



Anda boleh buat semak saman yang dikeluarkan oleh JPJ di sini ➡ MyEG Services 

Ikuti langkah-langkah di bawah:
●Layari www.myeg.com.my.
●Anda mesti mendaftar dulu sekiranya menggunakan servis ini buat kali pertama.
●Login menggunakan nama dan kata laluan.
●Klik eServices pada menu dan pilih JPJ.
●Pilih pautan yang berkenaan untuk menyemak dan seterusnya membayar saman kenderaan anda.

SEMAKAN SAMAN JPJ SECARA SMS :

Semakan boleh dibuat menggunakan khidmat mySMS. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan mesej. Berikut adalah cara menyemak saman melalui SMS:
SEMAK SAMAN JPJ

Taipkan: JPJ SAMAN [No. Kad Pengenalan atau pendaftaran kenderaan] pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888.
Contoh:
JPJ SAMAN 640525075897
atau
JPJ SAMAN WLT6567

No comments

Powered by Blogger.