Header Ads

Putihkan gigi guna kulit pisang

Entri kali ni agak kelakar sikit sebab saya kongsikan kepada anda mengenai bagaimana nak putihkan gigi hanya menggunakan kulit pisang. Hehe!! Korang hanya tahu makan isi pisang ja kan, tapi yang kat luar kulitnya sebenarnya ada kegunaan nya juga.

Korang tak yah la susah-susah habehkan beratus-ratus ringgit untuk buat rawatan putihkan gigi. Anda cuma beli pisang, lepas tu makan isinya, then ambil kulit pisang tu. Save kos korang!!!.

Mesti korang tertanya-tanya kenapa la kulit pisang pula? Okey ar, sebenarnya kulit pisang mengandungi kalium, magnesium dan manganese yang dapat memvantu mengurangkan kotoran pada enamel.

Ini cara mudah untuk putihkan gigi dengan menggunakan kulit pisang.

1. Pilih pisang yang matang 

Korang kalau nak beli pisang tu biarlah yang matang bukannya yang duk masih kelat tu. Jangan pula gi ambil yang kulitnya hitam.

2. Gosok kulit pisang ke seluruh gigi dan biarkan 10 minit 

3. Selepas tu pastikan anda tersenyum dan elakkan bibir anda daripada terkena gigi 

4. Selepas 10 minit, berus gigi dengan berus kering

Beruskan dengan gerakan bulat selama 1-3 minit. Korang tahu kan macam mana cara gerakan bulat tu. Then, korang boleh berus gigi seperti biasa bersama ubat gigi untuk membersihkan sisa-sisa pisang pada gigi.

5. Lakukan rawatan dengan kerap kali 

Kalau korang nak dapat hasil terbaik, kena kerap kali la buat rawatan ni. IsyaAllah kalau korang niat betul-betul nak putihkan gigi, mesti anda akan dapat hasil yang sewajarnya.


Sumber : Hanasuva.com

No comments

Powered by Blogger.