Header Ads

Planet kesembilan benar-benar wujud?



Sungguh banyak betoi rahsia Allah yang ada di alam semesta masih tidak dapat dikaji. Baru-baru ini ahli astronomi Amerika Syarikat mendakwa mereka mempunyai bukti kewujudan planet kesembilan yang mempunyai orbit lebih besar daripada Pluto. Persoalannya benarkah planet ini wujud?

Dari laporan BBC mengatakan pasukan ahli astronomi dari California Institute of Technology (Caltech) juga mendakwa planet kesembilan mempunyai saiz 10 kali lebih besar dari bumi. Bagaimanapun, kedudukan planet berkenaan yang terlalu jauh menyebabkan posisi sebenar planet di langit gagal dipastikan.



Planet kesembilan berkenaan sehingga kini masih tidak mempunyai sebarang nama sehingga dilaporkan mempunyai orbit pusingan 20 kali lebih jauh dari mana-mana orbit planet dalam sistem suria. Ia juga dikatakan mengambil masa 10,000 hingga 20,000 tahun untuk menghabiskan satu pusingan orbit mengelilingi matahari.

Sumber : BBC News





No comments

Powered by Blogger.