Header Ads

Petua merawat kulit wajah berminyak

Masalah wajah muka berminyak memang jadi lumrah kepada manusia kerana kita sering terdedah dengan cahaya matahari dan juga faktor pengambilan makanan yang tidak terurus.

Lebih-lebih lagi ia sering berlaku kepada remaja yang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat. So, kali ni Lokman nak bagi tips atau petua kepada korang macan mana nak merawat kulit wajah berminyak.. Hehe!!! Saya sendiri pun wajah muka sering berminyak.



Petua menghilangkan wajah berminyak

Minum air putih

Korang ni kalau bab nak minum air masak, saya pasti minoriti ja follow minum 8 hari segelas atau lebih. Selalunya, kita sering minum air berkarbonat dan macam-macam lagi. Sebenarnya, minum 2 liter air sehari dapat menjaga metabolisme pada tubuh.

Saya dah try amalkan minum air masak yang banyak...benarlah wajah saya semakin kurang berminyak.

Air hangat

Korang cuba yang ni...ambil tuala kecil lepas tu celop kan ke dalam air hangat yang dicampur sedikit garam. Then, usapkan secara perlahan pada wajah. Sebenarnya, air hangat akan membuka liang @ pori wajah manakala pula garam akan mengangkat kotoran wajah.

Timun

Saya rasa yang ni korang tahu kut. Tahu tak sebenarnya timun dapat menyerap pada muka yang berminyak. Cara nya senang ja cuci muka terlebih dahulu lalu hiris buah tersebut. Usapkan pada wajah sehingga kering. Keesokannya harinya, usap kan muka dengan tuala dan air hangat.

Putih telur 

Buatkan nya seperti masker. Saya tahu kalau tips yang ni orang kurang pakai sebab bau telur yang hanyir. Cara nya pecahkan telur dan pisahkan antara putih dan kuning. Ambil yang putih tu dan pukul hingga berbuih. Sapukan ke muka dan biar kering. Selepas tu bersihkan dengan air hangat.

Korang mesti perasan kenapa saya tak syorkan guna produk cuci muka sebab salah satu nya kadang-kadang produk pencuci muka mengikut kesesuaian pada wajah. Kalau tak sesuai akan ada kesannya.

Itulah beberapa petua yang saya dapat kongsikan kepada anda. Cuba-cuba la kepada yang sering wajah berminyak. Tak rugi mencuba tips ni.







No comments

Powered by Blogger.