Header Ads

Permohonan UPU ke IPTA Sesi 2017/2018 Online



Permohonan kemasukan ke iPTA bagi sesi akademik 2016/2017 bagi lepasan SPM/Setaraf dan lepasan SPTM/Setaraf akan dibuka mulai 18 Januari 2016 bermula jam 12 tengah hari sehingga 5 April 2016 jam 4 petang.

Permohonan UPU online bagi sesi akademik 2016/2017 adalah merangkumi kemasukan ke IPTA (Universiti Awam), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Sebagai makluman, untuk mengemukakan dan mengakses sistem borang permohonan online, setiap pemohon perlu membeli nombor pin Unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang dibuka bermula pada 18 Januari 2016.
Sila rujuk Jadual Penjualan Dan Tarikh Pembelian No Unik ID Di BSN

Nombor pin Unik ID tersebut boleh di beli di kaunter Bank Simpanan Nasional, di mesin ATM BSN atau menggunakan perkhidmatan SMS Banking bagi pemegang akaun GIRO sahaja. Terdapat dua pilihan bagi nombor pin Unik ID yang boleh dibeli oleh pemohon dan pastikan mengikut kategori masing-masing iaitu :
KATEGORI A : Lepasan SPM/Lepasan SKM/ILKA/Sijil Kolej Komuniti
KATEGORI B : Lepasan SPTM/Setaraf, STAM/ Asasi UiTM/ Asasi UM/ Matrikulasi KPM/ Diploma setaraf



Aplikasi Sistem Borang Permohonan Online UPU 

Setelah mendapat nombor pin Unik ID BSN bagi permohonan UPU 2016 berdasarkan kategori masing-masing pemohon boleh membuat permohonan secara online.

Permohonan perlu dibuat melalui aplikasi atas talian (online) di Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar yang boleh dicapai menerusi pautan http://upu.moe.gov.my
Sistem aplikasi permohonan UPU online hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh 18 Januari 2016 mulai jam 12 tengah hari .






No comments

Powered by Blogger.