Header Ads

Pengubahsuaian Bajet 2016



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan perutusan khas pengubahsuaian Bajet 2016 Belanjawan Malaysia (Budget 2016 Revision) pada hari Khamis 28 Januari 2016 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Keputusan semakan semula Bajet 2016 disifatkan sebagai dibuat dengan wajar berikutan unjuran harga minyak mentah yang jatuh mendadak mencecah kira-kira AS$30 setong berbanding AS$48 setong ketika pembentangan bajet oleh Najib yang juga Menteri Kewangan pada 23 Oktober 2015.

RINGKASAN INTIPATI PENGUBAHSUAIAN BAJET 2016 :

Kerajaan setuju untuk kurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3 peratus mulai Mac 2016 – Dis 2017. Namun, caruman majikan kekal
✓Kerajaan akan beri perlepasan khas cukai sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 sebulan dan kebawah untuk tahun taksiran 2015
✓Bagi mengurangkan kos keperluan harian, kerajaan antaranya akan: liberalisasikan AP bagi produk pertanian terpilih termasuk biji kopi mentah dan daging. FAMA akan buka pasar belian terus hasil pertanian MyFarm Outlet yang menjual barangan makanan pada harga jualan 5 – 20 peratus lebih rendah dari harga pasaran
✓Untuk membela nasib pesawah, disediakan tambahan tunai RM50 bagi setiap 1 tan metrik padi bersih. Program MyBeras turut diperkenalkan
✓Berkuatkuasa serta merta, semua penjualan rumah berharga hingga RM300 ribu terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja.Sementara, bagi projek Perumahan Rakyat berharga RM35 ribu, kerajaan menerusi BSN dan Bank Rakyat menawarkan pakej pembiayaan pada kadar 4 peratus yang memberi manfaat kepada lebih 10 ribu pemilik rumah
Sumbangan 30 peratus daripada levi HRDF akan disediakan untuk tingkatkan kompetensi dan kemahiran pekerja, termasuk pekerja yang diberhentikan
✓Kerajaan akan menggandakan usaha pematuhan dan pengauditan terhadap para pengelak cukai
✓Kerajaan perkemas sistem pengurusan pekerja asing, kadar levi diklusterkan kepada dua kategori – tidak termasuk pembantu rumah asing. Kerajaan laksana program Pengajian dan Penempatan Semula PATI- beri peluang kepada PATI yang bekerja secara haram diberi permit kerja yang sah
✓Kerajaan akan lebih berhemah dalam perbelanjaan terutama bekalan dan perkhidmatan menerusi usaha merasionalisasikan pemberian geran
✓Perbelanjaan pembangunan akan memfokuskan kepada projek dan program mendahulukan rakyat, mempunyai kesan pengganda tinggi dan kandungan import rendah
✓Institusi kewangan pembangunan dan dana modal teroka milik kerajaan akan tambah dana RM6 bilion dalam sediakan pembiayaan kepada PKS dan syarikat permulaan
✓Pihak GLC disaran laksana inisiatif bagi mengurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja akan dipantau oleh EPU

No comments

Powered by Blogger.