Header Ads

Lotus Evora 400 lebih pantas



Lotus Car Malaysia (Lotus) memperkenalkan model kereta super baharu, Lotus Evora 400 baru-baru ini.

Model baharu itu lebih pantas daripada Lotus Evora sebelum ini selepas dijanakan enjin V6 3.5 liter supercharged yang menyalurkan 400hp dengan tork setinggi 410Nm.

Jentera yang dilancarkan di Pameran Motor Geneva pada tahun lalu itu juga lebih ringan sehingga 43 kilogram.

Lotus Evora 400 ditawarkan dengan transmisi automatik dan manual yang dijual antara RM597,999 sehingga RM653,999.


No comments

Powered by Blogger.